Alhamdulillah, malam tadi (malam ke-19 Ramadhan) saya bersama ahli tadarus surau di rumah saya berjaya khatam Al-Quran. Teringat pada malam pertama Ramadhan, ada 20 orang semuanya. Malam tadi hanya tinggal 6 orang saja. Majlis tadarus Al-Quran ni diadakan setiap kali selepas selesai solat tarawih dan kadang-kadang selepas solat Subuh (pada hari minggu). Ada la dalam 7 hari yang saya tak dapat datang sebab demam dan sebagainya (sebagainya: cakap je la pergi main futsal..huhu). Geng perempuan dah khatam lebih awal, iaitu pada minggu lepas.
Pertama kali bertadarus selepas tamat sekolah, banyak manfaat yang saya dapat. Kalau kita baca sorang -sorang tu, kita perasan macam dah betul dah bacaan kita. Tapi bila ramai yang tukang semak, ada juga bacaan dan cara sebutan kita yang salah. Dari hari ke hari saya dapat memperbaiki bacaan saya. Tambahan pula salah seorang dari ahli tadarus tu adalah bekas peserta tilawah Al-Quran sebanyak 3 kali, maka banyaklah ilmu yang dikongsi bersama ahli yang lain.
Saya teringat kisah pada satu malam, waktu tu tiba giliran saya membaca. Saya pun bacalah macam biasa. Selepas habis je saya baca satu ayat tu, semua orang bersujud mengadap kiblat. "Awat plak ni?" saya bertanya dalam hati. Dalam terpinga-pinga saya bersujud sama. Kebetulan kedudukan saya dah mengadap kiblat, jadi tak perlu la nak berpusing. "Nak baca apa ni?" Waktu tu saya teringat bacaan yang dibaca antara takbir raya yang sebanyak 7 dan 5 kali tu. Saya pun baca ayat tu sebanyak 3 kali sambil menunggu orang di sebelah bangun dari sujud. Bila orang tu bangun dari sujud, saya pun ikut sama. Kebetulan ayat tu ayat terakhir yang perlu saya baca, maka bacaan pun disambung oleh pakcik di sebelah. Sambil orang lain menyemak bacaan pakcik tu, saya masih merenung ayat tadi lama-lama...hmmm
Bila balik ke rumah saya tanya pada abah... "Abah, kenapa semua orang sujud tadi?" "Itulah sujud tilawah. Bila jumpa ayat sajdah, kita disunatkan untuk sujud." "Nak baca apa masa tu?" Lalu abah mengambil kitab dan menunjukkan pada saya bacaan sujud tilawah. Lepas daripada itu, saya dah bersedia dah untuk sujud bila bertemu dengan ayat sajdah.
Bingka: kalau baca sorang-sorang, tak khatam lagi ni..