Minggu ni minggu pelajar baru mendaftar di IPTA, termasuk adik saya yang bongsu. Saya turut mengikut orang tua saya menghantar adik ke UNIMAP, Arau, Perlis. Kami bertolak ke Perlis pada pagi Sabtu lepas. Dah lama rasanya tak memandu ke Utara. Seronok dapat menikmati kembali pemandangan bukit-bukau Banjaran Titiwangsa sepanjang melalui lebuhraya. Bila dah sampai ke utara lagilah seronok dapat memandu di tepi sawah padi yang terbentang luas. Owh saya sangat suka pemandangan begini...rumah di tepi sawah padi, dilatari pula oleh bukit di belakangnya...sungguh mendamaikan. Teringat kenangan semasa tinggal dan belajar di utara dulu. Setelah 7 jam perjalanan, pada pukul 2.30 petang kami tiba di hotel yang telah ditempah berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis. Disebabkan tiada apa yang nak dibuat, petang tu kami ke Padang Besar. Meriah betul dengan gelagat manusia membeli belah. Sempat la saya beli beberapa barang, antaranya tilam NARITA dan jersi Sepanyol. Sekarang boleh la nak beli jersi sebab ada saiz. Dulu semua free size. Macam mana nak beli, semuanya besar-besar. Belum puas meronda ayah saya dah ajak balik. Ala, nak balik dah ke? Ishh...
Pagi esoknya kami menghantar adik mendaftar di UNIMAP. Ini merupakan sesi pertama pelajar UNIMAP dapat belajar di kampus sendiri, walaupun masih belum siap sepenuhnya. Saya lihat kerja-kerja pembinaan berjalan dengan rancak di dalam kawasan kampus di samping bangunan utama yang telah siap. Masih ada lagi premis-premis di sekitar Kangar disewa oleh pihak UNIMAP untuk dijadikan kelas dan makmal. "Bukan UNIMAP yang terletak dalam Kangar, tetapi Kangar yang terletak dalam UNIMAP", kata Naib Canselornya semasa sesi Taklimat Bersama Waris, disambut dengan deraian ketawa para ibu bapa. Setelah menghantar adik ke kolej kediaman di Wang Ulu, kami pun pulang ke hotel dan berehat. Esok paginya kami bertolak pulang ke KL. Kepada semua pelajar yang baru mendaftar di IPTA, Selamat Maju Jaya diucapkan.

Pintu gerbang UNIMAP
Salah satu proses semasa pendaftaran. Adik saya dah berpeluh tu.
Singgah membeli serunding di Pekan Rabu
Bingka: Rindu zaman belajar
5 comments:
time belajar seronok kan..time pergi perlis dulu tengok unimap merata tempat ada..dah alang2 kat jeti tu, nape tak pergi je langkawi terus?hehe
lama dah tak ke pekan rabu..
bila dpt ke sana lagi
yott: saya pun dah lama tak ke sana. tu yg singgah tu..
UniMAP adalah IPTA berkonsepkan kampus teragih membuatkan UniMAP IPTA lain dari yang lain..
iyllienaz: dah macam jajahan UNIMAP kan..haha. Gi Langkawi..lain kali la kot..hehe
Dexter: memang lain dari yg lain.. mesra rakyat gitu..;)
Post a Comment