Thursday, July 8, 2010

Sotong popular

Dalam banyak-banyak haiwan, sotong menjadi haiwan yang paling popular dalam Piala Dunia 2010 ni. "Paul the Octopus" terkenal kerana telah meramalkan dengan betul pemenang bagi hampir semua perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman sejak dua tahun yang lalu. Kira tukang tilik pasukan Jerman la ni. Sebelum perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman, Paul akan diberi makanan dalam dua bekas. Satu bekas ditanda dengan bendera Jerman, manakala satu lagi bekas ditanda dengan bendera lawan yang akan dihadapi oleh pasukan Jerman. Makanan dari salah satu bekas yang dipilih oleh Paul adalah ramalan pemenangnya.

Dalam Piala Dunia 2010 ini, Paul telah meramalkan dengan tepat semua 6 keputusan perlawanan setakat ini, termasuk perlawanan dengan pasukan Sepanyol pagi tadi. Dalam kejohanan UEFA Euro 2008 yang lalu, Paul telah meneka dengan betul 5 dari 6 perlawanan yang diharungi pasukan Jerman. Satu je lagi perlawanan yang perlu diramal oleh Paul the Octopus iaitu penentuan tempat ke 3/4 antara Jerman dan Uruguay. Mari kita lihat siapa yang kena..;)


Bingka: Yeayy...Spain menang! Kali pertama masuk final..

10 comments:

SS said...

rezeki masing2 :)

Lan Bingka said...

Sheera: harap rezeki spain jadi juara..hehe

meowwmania said...

hehe..macam-macam

Balqish said...

salam ziarah.
balqis selalu ingat sotong kering dari sabah. sedap.

ramai yg ramal spain akan genggam kemenangan kahir nanti.

Lan Bingka said...

meowwmania: hehe..penyeri piala dunia

balqis: ramai berhajat nak makan paul..kes tak puas hati..;p

Lan Bingka said...

terkini..paul meramalkan sepanyol sebagai juara dan jerman pemenang tempat ke-3..

yonna said...

tension lah semua org cerita hal sotong niiiiiiiiiiii. sampai ada org dok emosi gila2 kat Twitter. grrr. sotong tu binatang saja T_________________T semalam burung pulak ramal, esok gajah,rimau,zebra pulak ramal. aihh

Lan Bingka said...

yonna: takpe, tinggal sehari je lagi..hehe

eL said...

Hari ni tak jumpa langsung sambal sotong nak makan dengan nasi lemak. Semua orang mengamuk kat sedara mara Paul kot sampai habis semua kaum kerabatnya kena sembelih.

Lan Bingka said...

eL: paul pulak yg disalahkan..;)