Di depan Ampang Puteri...
"Wei, mana ko?"..tanya Faizul
"Depan ni la, cepat la keluar.."
"Ko pakai baju apa?"
"Batik la"
"Cakap betul-betul"
"Iya...nak gi Istana Budaya, kena la kemas"
"Macam mana ko tahu?"
"Aku search internet la, peraturan Istana Budaya"
Dari jauh Faizul melambai. Saya terus bergerak menghampirinya.
"Gi kat kereta aku jap, nak pakai kasut."
"Cakap la betul2 ko pakai baju apa?"
Saya menyelak jaket..."Haha...T-shirt berkolar dah la."
"Aku T-shirt round neck je ni. Nasib baik ada jaket berkolar...haha"
"Apa la...ko yang ajak, ko tak tahu plak."
"Round neck tak boleh, jeans lusuh/koyak tak boleh, selipar tak boleh"
Sampai di Istana Budaya jam menunjukkan pukul 7.50. "Huh..kalau naik kereta tak sampai lagi ni"...kedengaran suara Faizul dari belakang.
"Bang parking motor kat mana?"
"Pusing ke depan...ikut jalan ni"
(Kantoi first time datang..hehe)
"Bang, surau kat mana?"
"Naik tangga ni belok kanan"
(First time datang ye..hehe)
Dah pukul 8.10. Dah boleh masuk ke dalam nampaknya. Kami berjalan ke pintu masuk.
Tiket disambut dengan senyuman. "Yang ni kat atas encik, tingkat 2...naik tangga tu" "Owh...ok2"
Bayar murah nak masuk tempat mahal. Kami menaiki tangga sambil cover gelak.
(First time datang ye...hehe)
Usai menyanyikan lagu Negaraku...
Usai menyanyikan lagu Negaraku...
Tuan-tuan dan puan-puan...mempersembahkan...Cuci The Musical 2!
'Cuci the Musical 2'....27 Julai - 10 Ogos 2010 |
Bingka: my only problem is the duration...:)
22 comments:
Wahhh...mesti best! Suka Afdlin dah ada Hek Eleh...
eL: best gak
wahhh. nak pergi tengok jugak!!
tapi dah tak sempat. next week da nak pergi penang. T__T
tak pernak tengok teater.. teringin kan pi tengok.. best tak?
atiqah: jaga diri di penang..:)
annfrendly: best..cuba la pegi..;p
brapa ringgit kena byr tgk teater ni Lan?
yott: tiket saya tu RM53. tapi saya dapat diskaun, sebab kawan saya tak jadi pergi..;p
tak aci la Lan, dpt diskaun..hehe
RM53? kena pikir bnyk kali ni
yott: kalau saya tak pegi, tiket tu terbuang macam tu je..;)
tu la kan.. kalau ada duit terlebih boleh la kot..;)
so far tgk teater yg free je..hehe
wah..best nye
tak pnah lagi tgk..umm
Ann: ok la tu..hehe. biasa kalau teater memang lama eh..
idati: kalau free lagi best kan..;p
maCy: kena gi tengok satu hari nanti ye..
hmm..kalau time belajar dulu sangat rajin tengok teater kat IB..tapi now dah jauh..nape ngan duration??too short or too long??
iyllienaz: macam lama sangat la 3 jam setengah.. biasa ke tu untuk teater?
Lawak Sengal Nabil + Lawak Lembut Awie + Lawak Lurus Bendul Hans + Lawak Suasana Aflin + Lawak Korporat Harith Iskandar + Lawak gedik Jaclyn Victor + Keayuan Vanida Imran = TERBAIK..... Cuma bila Hans + Nabil + Vanida menyanyi.... aduyai... hancur... hehehehe...
Faizul: betul2.. nabil dan jaclyn tak mengecewakan walaupun kali pertama berlakon teater..
semua cakap bestttttt! huwaaaaaaaaaa!! jelesnya tak dapat pegi! lama sangat ke bro?
yonna: 3 jam setengah, siap ada rehat separuh masa.
bagi orang yg selalu tengok teater mungkin biasa je 3j 30min tu. kita ni je rasa lama sebab 1st time tengok. nak2 plak pegi hari kerja.
dah lama tak tonton teater apatah lagi berlakon dlm teater. rindunya zaman muda dulu. huhuhu.
*discipline is the only treatment for duration problem.
Shahrul: waa..penah berlakon teater eh..best tu
Best la jugak. Tapi penat tau latihan dia. Everynight. Sampai jam 2-3pagi. Itu baru untuk pementasan cikai je. Belum lagi pementasan di IB. Hahaha.
Post a Comment