Saturday, June 12, 2010

Wakil Malaysia di Piala Dunia

Saya baru sampai rumah. Tadi saya keluar memeriahkan suasana Piala Dunia, tengok perlawanan pertama antara Afrika Selatan dan Mexico. Kawan saya yang ajak tengok kat luar. Katanya nak tengok Javier Hernandez, pemain yang MU baru beli tu. Ala, bukan dalam kesebelasan utama pun..hehe. Keputusannya 1-1. Nasib baik Mexico dapat menyamakan kedudukan. Mereka memang berhak dapat mata dalam perlawanan ni. Tak adil kalau Afrika Selatan menang, sebab gol pertama Mexico dibatalkan kerana offside. Apa punya bengap la penjaga garisan tu. Terang-terang tak offside la brader. Takkan nak bagi kelebihan kat tuan rumah kot. 

Teringat Piala Dunia 2002 di Korea Selatan/Jepun. Terdapat beberapa keputusan kontrovesi yang dibuat oleh pengadil dan penjaga garisan dalam perlawanan yang melibatkan Korea Selatan. Pertama ketika bertemu Itali pada pusingan kedua (Korea Selatan menang 2-1). Kedua ketika mengalahkan Sepanyol pada pusingan suku akhir (Korea Selatan menang menerusi penentuan sepakan penalti). Bukan brader dari Malaysia ye yang bengap tu. Brader Malaysia jadi pengadil ke-4 untuk perlawanan ni.

Wakil Malaysia - Subkhiddin Mohd Salleh

Bingka: Ada yang demam ke?

9 comments:

meowwmania said...

no komen...

buta sejarah sket psal bola nih :D

Lan Bingka said...

meowwmania: thanks bagi komen walaupun 'no komen'..hehe
lambat tidur eh..

Lyka | Ezura said...

letihnya laa berjaga nengok uruguay ngan franchis ni, uruguay tak gol2 pun . sobb sobb sobb.

Lan Bingka said...

Liyka: perancis pun satu hal gak, lawan 10 orang pun takleh jaringkan gol..

Balqish said...

salam ziarah.
Mr. Bingka peminat setia bola ya?
kita tengok mexico je semalam.
yang pelawanan jam 2 tu tak tengok.

Lan Bingka said...

Balqis: Ye, saya memang minat bola..:) Bosan la hidup tanpa bola. Lepas ni ada banyak lagi game yg menarik, contohnya malam ni.. Argentina lwn Nigeria.

Lan Bingka said...

nhidayat: sekarang memang tengah mood world cup..;p
thanks komen..

Atiqah Ahmad said...

tak dapat hantar player.
hantar referee pun jadilah.
=)

Lan Bingka said...

cik zoe: jadi la tu.. nak hantar player dalam mimpi boleh la kot..hehe