Pulang dari kerja semalam saya tengok kedudukan decoder ASTRO atas gerobok tv sudah berubah. Ala..siapa yang alih ni? Mana pergi resit teksi bawah ni? Habis semua orang saya tanya, terutama orang yang mengemas ruang tamu. 2-3 orang ahli rumah cuba mencari kertas kecil tu. Saya pun turut sama mencari tapi tak jumpa. "Wan, nanti cari balik tau..RM80 tu"...saya mengingatkan.
Pada hari Ahad lepas saya bertolak ke Langkawi. Dari rumah saya menaiki teksi ke LCCT. Selalunya saya naik bas saja dari KL Sentral, tapi sebab bawa banyak barang, terpaksalah naik teksi. Ada 3 jemputan kenduri kahwin saya tak dapat pergi...ala ruginya. Nak buat macam mana, bos suruh pergi hari Ahad. Dalam perjalanan ke LCCT saya bersembang dengan Pak Wahid, pemandu teksi tersebut. Pak Wahid ni jiran saya, jadi banyaklah benda yang disembangkan. Sambil berbual, sesekali mata saya melihat kuda yang berlari-lari pada meter teksi...yeehaa. Sambil kuda tu berlari, sambil tu juga jumlah tambang meningkat. Laju pula tu. Belum sampai Langkawi dah kopak duit aku..adehh. Saya tiba di LCCT dua jam sebelum waktu berlepas. Seperti biasa, LCCT memang penuh dengan manusia. Datang la pukul berapa pun.
Masa penerbangan pada pukul 4.10 petang. Saya berdiri di depan kedai buku di balai berlepas sambil menunggu dua orang lagi rakan sekerja. Ami sampai pada pukul 3.15 petang. Kami pun ke kaunter daftar masuk. Entah macam mana, nama Ami tiada dalam sistem. Disebabkan hari Ahad, tak banyak yang boleh dilakukan. Nak telefon bahagian pentadbiran di tempat kerja, takde orang. Telefon ejen tiket pun tak berangkat. Nak periksa emel yang dihantar dari ejen tiket, tiada Wi-Fi pula. Pada pukul 3.30 petang Ira pula tiba. Kaunter dah ditutup ketika dia nak mendaftar masuk. Setelah pergi ke kaunter lain, dan disuruh pula ke dua kaunter lain, baru dia berjaya mendaftar masuk. Dengan orang yang ramai pada cuti sekolah ni, kelam kabut dibuatnya. Nasib baik berjaya, kalau tak mana nak letak barang yang banyak tu. Kalau tak bawa barang-barang tu, macam mana nak buat kerja..ish. Terdengar rungutannya mengenai Air Asia. (Aik, salah Air Asia ke?) Sepatutnya datang la lebih awal, terutama kalau bawa banyak barang. Ini tidak, setengah jam sebelum penerbangan baru nak muncul.
Pada pukul 3.45 petang, masalah Ami masih belum selesai. Kami terpaksa berlepas dulu ke Langkawi. Akhirnya Ami terpaksa membeli tiket lain, masa penerbangannya pada pukul 7.40 malam.
Dari bilik, saya turun ke ruang tamu.. "Wan, dah jumpa dah" "Kat mana?" "Dalam beg" "Ceh.."
Nasib baik saya tak marah-marah. Tenang gitu. Kalau tak, malu woo..
Bingka: menginap selama 2 malam di hotel yang tiada ASTRO ketika berlangsungnya Piala Dunia = bosan!
Nasib baik saya tak marah-marah. Tenang gitu. Kalau tak, malu woo..
Bingka: menginap selama 2 malam di hotel yang tiada ASTRO ketika berlangsungnya Piala Dunia = bosan!
28 comments:
nurul jarang2 naik flight. heee..
sy ada " kenangan manis " dgn a.asia ni..huhhu
x suka naik flight, penin ngee~
ramai yg komplain Air Asia gitu gini
tapi Kak Jie selalu sedar diri, itu saja yang mampu beli....
Memang bukan 100% sempurna tetapi sebab dari awal memang tak letak harapan yg terlalu tinggi, jadi apa saja 'songeh'nya yang diterima - hadapi saja.
hahaha..
nasib abek..
kalo x..
malu jewk!
Biasa la orang kita... suka cari salah orang lain... salah sendiri?? buat tak tau... Macam lagu Amuk "Bila menari pandang ke langit..Langkahmu sumbang salahkan bumi.."..
Aku tengok tulisan ko makin lama makin "improve" la... Semakin menarik... Teruskan Bro... Keep it up...
Nurul: saya sejak keje ni la baru merasa naik flight..
yott: kenangan manis? pernah jadi pramugari eh..;)
Kak Jie: betul tu kak, setakat sikit2 halnya tu terima je la. orang yang biasa naik MAS, tiba2 kena naik Air Asia, banyak la komplennya..
Faizul: lama ko tak menjenguk kawan ko ni..huhu. hafal plak lagu amuk..mesti ada album ni. *thanks bro*
meowwmania: ye ke..nasib baik saya ok je
jantan keparat: haha..tu la pasal.
*thanks komen
salam ziarah.
saya selalu naik flight.
mmg kena datang tiga jam awal.
siap dgn adik-adik kecil, kena uruskan dalam masa segera.
fanatik betul mr. Bingka dengan bola ye?
Balqis: bagus la tu datang awal. tak kelam kabut..
ala qis, bukan selalu..piala dunia 4 tahun sekali je..hehe
Hehehehe... bukan lama tak menjenguk... Cuma lama tak memberi komen..
Faizul: oo..gitu. takleh la aku nak ngumpat ko..hehe
besela nek transport awam
kita kena slalu awal, klu tak kena tinggal camtu je
klu diorang lewat, takpe
asal kita tak rugi, mereka tak akan rugi apa-apa
so, jgn lewat-lewat
penaberkala: betul tu.. sama gak macam kita nak tumpang orang, kita kena la awal..jangan sampai orang tunggu kita
haha..nasib baik tak marah2..klo tak memang bengang je budak rumah lain..
iyllienaz: kalau tak kena perli la memanjang..haha
Lan.. nak kopok lekor tak?
kalo nak nek flight mcm 2 la pantang nye~kena dtg awal.org mmg ramai~
Nurul: dah balik eh.. ai, macam borong banyak je tu..hehe
qasih: pantang eh..;) betul tu, nak2 kalau cuti sekolah atau cuti perayaan..
haha..
bkn pramugari.." kenangan manis "..flight delay 8hrs..huhu
yott: adoi, lamanya..
pna skali jek nek flight, prngatan kot2 postin sabah srwk nanti..hee
maCy: lagi awal lagi bagus.. thanks komen..:)
x tahu apa akan 'happen'? nampaknya kamu dah terbiasa merojakkan bahasa..hmmm
melayu mudah lupa 'letak tiket'.. ehehe
en_me: kena buat checklist..baru selamat..;)
thanks komen.
Ok...tarik nafassssssss....
eL: memang selalu saya tarik nafas..;)
Post a Comment