Hujung minggu lepas saya balik ke kampung di Batu Pahat untuk meraikan perkahwinan sepupu saya. Seperti biasa kalau ada kenduri di kampung, mesti la kena rewang. Takkan nak datang makan je. Yang kahwin bukan orang lain pun, sepupu sendiri, memang kena turun padang la.
Pelamin yang sangat cantik
Ada yang tak tahu rewang tu apa? 'Rewang' tu bermaksud gotong-royong majlis kenduri. Tak kisahlah kenduri apa pun. Asal ada kenduri, ada lah rewang. Berlainan dengan orang di bandar. Kebanyakannya guna katering sekarang. Antara sebabnya adalah masa dan ruang yang terhad. Tenaga kerja pun kurang. Seronok buat kerja-kerja rewang ni. Di samping dapat berkumpul dengan saudara-mara dan melakukan kerja bersama-sama, dapat juga berbual dan bergurau senda. Maklumlah, bukan selalu dapat berkumpul begitu. Memang meriah. Hmm...kalau kenduri di kampung pun guna katering, alahai...bosannya.
Lencana geng rewang
Antara kerja-kerja yang sempat saya lakukan ialah membasuh pinggan (ni memang kerja utama) dan membuat air untuk tetamu. Keperluan di khemah tetamu seperti nasi, lauk, air, pinggan, gelas, air basuh tangan dan lain-lain juga sentiasa dipantau bersama geng rewang yang lain.
Saya sedang beraksi di bahagian air
Dari majlis nikah pada malam Sabtu hinggalah selesai kenduri pada petang semalam (Ahad), banyak betul kerja-kerja yang dilakukan. Penat tetapi seronok. Ni kira ok la jugak, buat secara buffet. Dulu lagi penat, buat secara berhidang, pehh...memang lunyai dibuatnya. Lepas maghrib semalam, saya dan adik-adik pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Setakat tu saja yang kami dapat tolong. Esok (hari ni) dah nak kerja. Masa kami nak balik tu, pengantin lelaki sedang tekun mencuci periuk. Selamat Pengantin Baru! Periuk tu kami tinggalkan untuk awak basuh ye..
Bingka: Susah betul buat kenduri ketika air dicatu..
13 comments:
walaupun saya duduk di kl tapi masih ada rewang bila kenduri =)
kejubus tu sebelum rewang ye..hehehe
betul - pelamin yang sangat cantik
rewang tu bunyi lain mcm je kan..hehehehe..
kak jie: kejubus tu bunyi macam jatuh dalam air la..hehe
nurul: kalau kat sekolah, rewang tu ponteng kan? hehehe..
Lan, lencana geng rewang tu ada lagi? Nak kertas kaler hijau tu je. Bunga tu taknak.
eL: oo..dah habis rewang sibuk nak lencana eh.. keje tak nak buat..;p
saya bagi tuala good morning je la..hehe
pelamin tu ... kerawang2 dia mcm style inggeris :D
mana gambar pengantin,bro? T___T
yonna: haah kan..cun la
gambarnya ada dalam pc..
lain kali la masukkan..;p
zirconia: hmm..bagus2
mesti awak yg paling rajin nih..;p
kamu ke yg pakai tshirt devil tazmania tu?
Kerak Nasi: yup, saya la tu..:)
sy pun ade tshirt tu..hehe..
KERAK NASI: patut la awak tahu..hehe
Post a Comment