Saturday, November 7, 2009

Walimatul Urus Pertama

Sudah seminggu berlalu. Di saat abah selesai menikahkan pasangan pengantin, bermulalah fasa baru dalam hidup kami sekeluarga. Adik saya sudah menjadi isteri orang. Abah dan emak dah ada menantu. Saya dah ada adik ipar dan adik-adik yang lain dah mempunyai abang ipar. Sekejapnya masa berlalu. Seperti baru semalam kami adik-beradik berhimpit dalam kereta abah untuk pulang ke kampung dan seperti baru semalam kami berkelahi sesama sendiri berebutkan permainan yang satu. Sekarang semuanya dah besar.

"Dulu masa kau kecik abah kau selalu bawak kau datang rumah makcik. Kecik je kau dulu, diam je...sekarang dah besar." Ingat tak?

Saya geleng....senyum...

Masa kenduri ni la saya dapat jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa. Ada yang saya masih ingat. Ada yang mula-mula saya tak cam, bila disebutkan nama baru saya ingat. Ada yang saya tak tahu mereka pernah wujud dalam hidup saya. Seronok..;) Abah pun ada juga beberapa kali memanggil saya dan memperkenalkan pada kenalannya. Hmm...nasib baik buat kenduri kahwin pada masa bukan cuti sekolah, ramailah yang dapat hadir. Kalau tak, mungkin ada juga yang tak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri kenduri lain.

Beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, abah dan emak orang yang paling risau. Takut ada yang kurang pada majlis tu nanti. Kelam kabut juga kami melakukan persiapan kerana pada saat akhir ada barang yang kurang. Tapi syukurlah, pada masa kenduri berlangsung, semunya berjalan lancar.

Seperti dijangka, saya telah diajukan soalan yang sama bertalu-talu. "Bila lagi?" Hmmm.....macam la diorang nak taja.

Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Angah dan suaminya. Semoga rumahtangga mereka bahagia dan berkekalan.


9 comments:

Umi Nazrah said...

slmt pengantin baru juga utk Angah :)

Kujie said...

Alhamdulillah..semuanya selamat.

memang agak risau bila merancang majlis perkahwinan terutama untuk kali pertama.

Tahun depan dah jadi Pak Long le kot.

:p

abe jali said...

aku pun nak tanya soalan sama
bila lagi?

Lan Bingka said...

Nazra: terima kasih..:)

Kujie: wah, best tu...InsyaAllah..

abe jali: yg pasti bukan tahun depan..hehe

cheryna zamrinor said...

ingatkan lan yang kawen...cisss..

Lan Bingka said...

cHeRyNa PiReS: hehe..lum lagi la

arsaili said...

salam..tahniah....tak lama lagi along dia punya turn..ehehe

Lan Bingka said...

arsaili: terima kasih...betul2..hehe

Sifu_Din said...

Ka nak tunggu orang masuk minang...tu pun bleh gak, tak salah kan?kan?