Wednesday, June 17, 2009

0-2

Hari Jumaat lepas saya cuti bermain futsal, tolong kawan saya (Dell) memasang papan tanda ke majlis perkahwinannya. Sesiapa yang ada nampak beberapa pemuda berkeliaran di simpang jalan sekitar Greenwood, Gombak...mungkin saya dan kawan-kawan la tu. Man, Pali, Lan dan Dell pun ada sama. Ada juga geng lain yang sibuk mencari tempat strategik memasang papan tanda. Siapa cepat, dia dapat la ye. Dah habis majlis jangan lupa cabut balik. Hmm...sorang lagi dah kahwin nampaknya. Tinggal la lagi 4 orang daripada 9 bersaudara. Aik, dah makin mengecil pula geng bujang ni. Dah jadi minoriti. Aiyoo..

Esoknya, saya dan kawan-kawan meraikan cinta Dell dan Irfa. Dapatlah jumpa dengan kawan-kawan lain. Pada hari Ahad, saya, Man dan Lan pergi ke majlis perkahwinan Ali pula..untuk kali yang kedua. Erk...orang lain dah dua kali kahwin, awak tu jugak yang belum. Waduh.. Kalah 0-2 ni.

Minggu ni harus main futsal balik, hilangkan segala tekanan... tingkatkan segala sepakan...yeah. Apa pun Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Dell dan Ali. Semoga berbahagia. Doa-doakanlah yang belum ni..;)


6 comments:

Kak Jie said...

kadang yg lambat tu boleh score last minit...3-2 ke?

hehehe

Lan Bingka said...

Kak Jie: bagus gak tu...hehehe

Faizul said...

Ada hati nak kawin 3 kali.... ko biar bebetul lan..hehehhe

Lan Bingka said...

Faizul: hehe..main2 je tu

eL said...

hahahaha...best ayat tu. org lain dah kawen kali ke2. kita tu yang tak kawen2. ada la tu...Allah nak bagi yang terbaik.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: hehe..ayat jeles