Tuesday, April 7, 2009

Hawa dan pisang

Yang mana betul? Pendingin hawa atau penghawa dingin?
Jawapan: Pendingin hawa
Kerana hawa bermaksud udara.

Cuba tukar hawa kepada udara:
Pengudara dingin. Tak faham kan..
Pendingin udara. Faham kan..;)

Yang mana betul? Pisang goreng atau goreng pisang?
Jawapan: Pisang goreng (jika bukan menggambarkan perbuatan)

Contoh 1: "Belikan saya pisang goreng" (betul)......."Belikan saya goreng pisang" (salah)
Tapi ramai orang guna istilah yang salah kan... Kalau makanan lain ok je orang sebut ayam goreng, telur goreng, nasi goreng, mi goreng...tapi bila masuk bab pisang, ramai yang gagal. Ni yang cikgu geram ni...

Contoh 2:
Ali: Aku nak pergi kedai
Abu: Aku nak goreng pisang
Ali: Ok, bagus
Sekembalinya Ali dari kedai...
Abu: Mana pisang yang aku suruh beli?
Ali: Laa...Kau kata nak goreng tadi...

Haa...kan dah salah faham tu...

8 comments:

Kujie said...

kelas BM ye hari ni

hawa juta adalah akronim bagi Hal Ehwal Wanita

Lan Bingka said...

Kak Jie: yup, kelas BM..

sekali sekala...hehe

fiezabaiduri said...

uit, tak terpk pulak pasal 'hawa' tu.
mmg selalu sebut penghawa dingin.hehe
ilmu ilmu...

tocey!

Lan Bingka said...

fiezabaiduri: tu la kan, dah diguna dengan meluas 'penghawa dingin' tu..

huzaimi said...

aircond ke condair.. hehehe..

Lan Bingka said...

mie: lama gak tak singgah sini..;)

eedany said...

Hari ini cikgu mengajar ya?
Makasih Cikgu...

:)

Lan Bingka said...

eedany: hehe..cikgu tak bertauliah..