Itulah soalan yang ditanya oleh Radhi Khalid kepada kumpulan Sepah semasa memberi komen dalam Gelanggang Raja Lawak.
Laa...tak tahu ke? Tungau tu merupakan sejenis binatang mikro yang sangat nakal...haha.
Masa kecik-kecik dulu, jika pulang ke kampung memang selalu terkena serangan tungau ni. Biasalah kan, budak-budak kalau dapat balik kampung memang seronok. Saya pun samalah. Bila balik kampung mesti leka bermain di sekitar rumah nenek. Sedar-sedar je dah kena gigit tungau. Kalau ia gigit dan pergi takpe, masalahnya ia gigit dan melekat terus. Nak mengeluarkannya juga susah kerana saiznya yang sangat halus.
Yang peliknya, tungau ni berkenan kat budak lelaki je. Tak pernah pula saya dengar perempuan kena tungau. Orang dewasa pun ia tak berminat. Perangai tungau ini sangat kurang sopan ok. Ia akan menyerang pada satu anggota badan saja. Dalam banyak-banyak tempat, kat SITU juga dia nak melekat. Sangat gatal.
20 comments:
anak2 sy tak de pula
tapi adik2 dulu2 ada...
kata mak sbb main bawah rumah tempat ayam berkubang...tungau tu selalu ada kt badan ayam....
kalau nak buang, guna tangkai daun sirih.....
Kak Jie: betul la tu, saya mmg selalu main bawah rumah nenek, ayam mmg banyak..;)
err
ye ke?
takutnya...
tungau tu macam hama ke?
huhuhuhu
adik sy sll kne dgn ini tungau...
mmg seksa nk cabutkn..huhuhuhuhu
lg seksa bl mrasai skt n gatalnyer..:P
PJ: tak penah kena eh..
yup, dia lebih kurang macam hama..
iidyLL iceneSS: nak jalan pun susah..hehe
pernah dengar orang sebut perkataan tu.
yang bai tahu tungau tu satu binatang yang boleh menggatalkan.huhu
tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri.
fiezabaiduri: saya pun dah lama tak tengok..;)
Ngeee...dah lama tak dengar cite binatang ni. Dulu mak tak kasi adik2 duduk atas rumput kat padang. Selalu ditakutkan 'kang kena tungau kang'.
emblem of purity: ape khabar la agaknya binatang tu ye..
budak2 sekarang jarang kot kena tungau, bayak duk umah je main game..;)
Budak-budak kecik bila diserang tungau, boleh lah mak tolong belekkan. Kalau orang dewasa kena serang, sanggup ke bini/girlfriend tolong belekkan? Huhuhuh ada hikmah nya tu budak-budak je yang kena.
deOughtred: wakaka...haru kalau org besar yg kena...
Tak pernah pulak kena..tapi anak sedara penah kena..hehehe jadi besar pulak..
Shaffik: org yg pernah kena akan lebih tabah menghadapi dugaan apabila dewasa kelak...hehehe
Tungau ni mmg suke tempat binatang berbulu melepak..erm aku pernah kena kot dulu masa kecik2
catzer: budak2 yg nakal memang selalu kena..haha
adoii
geli tgk gambar waaa!!!
meremang bulu roma!
Fuyoooo....mendapat sambutan topic tungau ni... hehe
yonna: macam raksasa yg ganas kan..;)
fezol: haha..rupanya ramai yang tak pernah tengok tungau...macam ko
Post a Comment