Thursday, March 19, 2009

Datang dan pergi

Rindunya nak menaip sesuatu di blog sendiri. Hari Isnin lepas saya selamat pulang dari kursus selama 5 hari 4 malam. Hari Selasa ambil cuti, berehat di rumah. Semalam baru saya mula bekerja. 2-3 hari ni saya hanya merayau di blog kawan-kawan dan membaca entri-entri yang belum dibaca. Berpuluh-puluh entri juga jumlahnya. Sungguh banyak idea kawan-kawanku. Setiap hari dengan entri yang baru. Saya pula yang kekeringan idea.

Pengalaman saya berkursus memang menyeronokkan. Yang tak seronoknya sebab tak dapat tengok bola. Ada perlawanan menarik pulak tu, MU lawan Liverpool. Owh...ruginya tak dapat tengok MU dibelasah. Begitulah perasaan kaki bola...;)

Sepanjang kursus ni, banyak ilmu yang saya pelajari, di samping dapat membina keyakinan diri. Memanglah terikat dengan peraturan dan jadual yang padat, tapi bagus juga sekali-sekala begitu. Jadual harian bermula seawal 5.30-6.00 pagi dan berakhir dalam pukul 11.30-12.00 tengah malam. Setiap pagi dan petang bersenam beramai-ramai. Sungguh bersemangat. Kalau tak kursus, nak bersenam sorang2 tu memang liat sikit.

Dari hari ke hari hubungan dengan kawan-kawan baru semakin rapat, khususnya hubungan dengan ahli kumpulan saya sendiri. Tapi bila dah semakin rapat, terpaksa berpisah pula. Selalu macam tu kan. Huu...sayangnya.

Maka pulanglah kami ke tempat kami,
Dengan kenangan saling mengenali,
Entah sampai bila kami saling mengingati,
Semoga suatu hari berjumpa lagi.

14 comments:

Anonymous said...

terbalik pulak dgn aku...
aku byk idea lately tapi takleh nak tulis sbb tag terlalu byk...
so, jawab tag dulu la...
tu pun tak habis lg...
adeh!
rugi ko tak tgk liverpool belasah man u hari tu...
walaupun aku fan chelsea tapi aku puas hati sbb man u kena!
haha

p/s: kursus induksi ke?

Lan Bingka said...

tu la..bukan selalu dapat tengok MU kena..hehe

Kursus BTN la..;)

intanurulfateha said...

.oit oit
.ni ape ni kutuk man u neh
.nk kene sekeh ke??

Lan Bingka said...

♥ cik intanurulfateha ♥ : hehe, janganlah marah...sekali sekala

IamYonna said...

itu lah adat berkawan kan?
bila dah rapat sgt, time tu la harus berpisah.
pertemuan yang paling singkat tu lah yang paling dikenang kan? :)

Lan Bingka said...

yonna: ye la.. rasa tak puas plak..;)

eL said...

Andai saya disuruh lagi ke kursus BTN ni, saya akan fikir lebih dari 2 kali kot walaupun seronok bila diingatkan kenangannya selepas dah balik rumah. Pertama, masa program "follow me", berjalan dalam hutan yang gelap gelita, saya terhantuk kayu balak besar yang jatuh melintang. Aduhhh....nampak segala jenis bintang termasuk kejora. Kedua, masa program "follow me" ni juga saya hampir jadi arwah bila saya tergelincir ke dalam gaung. Nasib baik tangan saya sempat capai akar kayu yang ada di kiri dan kanan. Dan nasib baik akar kayu tu kuat. Kalau tidak....

Yang lebih saya geram bila fasilitator suluh muka saya dengan torchlight dan....."jangan tolong dia. biar dia naik sendiri". Rasa nak bunuh je fasilitator tu bila saya berjaya naik sorang-sorang ke tebing.

Saya tak rasa sedih sangat masa hari perpisahan sebab muka-muka tu semua akan saya jumpa semula di dalam kelas nanti. Kami semua satu kolej (bosan apa...balik-balik muka korang je)

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: yg saya pegi ni takde plak program 'follow me'..

Anonymous said...

owh...dah balik
dgn semangat baru...semangat waja

Lan Bingka said...

Kak Jie: hehe..boleh la

maira said...

he.manU kalah jgn sebut2 tau!haha
kalah pon xpe,jnji ttp leading.wawawa.
abg lan,ade gosip pe kat ANGKASA.haa.saye da tau.hik

Lan Bingka said...

maira: ManU kalah 2 game berturut2...huhu

gosip apa? tak tahu pun..;)

IamYonna said...

oh.kursus btn eh?
hehe kat mane eh?
grr mesti penat gile kan?

hee
ala bro bukak je new post tu, taip je apa yang terlintas tu..
heee cmtu la yonna..
dari takde idea..
terus mencurah2 idea ke ladang gandum :p

Lan Bingka said...

yonna: kat jeram, selangor..
memang penat skit, biasa la..hehe..

ok, lepas ni mungkin bleh cuba cara yonna tu..;)