Kamu semua selalu tak menghadapi ketegangan (tension) di tempat kerja? Bagaimana cara kamu semua meredakannya ya? Janganlah bawa masalah tempat kerja ke rumah. Kasihan orang di rumah yang tak bersalah. Semalam saya mengalami perasaan itu. Komputer saya bermasalah di saat banyak kerja yang perlu dibuat. Bengang betul. Masa-masa macam tu, silap la kalau ada orang yang nak buat lawak bodoh. Lagi beberapa minit sebelum pukul 5 petang saya dah bersedia untuk pulang. Dah takde 'mood' nak buat kerja. Tik..tik..tik...tepat pukul 5.00 saya dah angkat kaki. "Waa...awal gila.." kata Mira yang duduk di meja sebelah.
Di dalam kereta, saya pasang radio kuat-kuat sampai bergegar. Sambil tu saya menyanyi kuat-kuat mengikut alunan lagu. Sungguh puas ok. Terasa semua masalah keluar dari setiap lirik yang saya nyanyikan...haha. Di dalam perjalanan, saya singgah di restoran dan makan roti nan bersama ayam tandoori. Kira nak memujuk hati la ni, kena la makan makanan yang sedap sikit. Huh...lega rasanya...hehe. Bila perasaan dah tenang, barulah boleh balik rumah. Pagi tadi saya terus format komputer saya...puas hati. Harap-harap boleh bertahan lama tanpa masalah.
14 comments:
salah satu cara hilangkan tensen....mandi sampai mengigil.......bawah shower............rasa mcm semua tu gugur...luruh...keluar je..segar
tidur mesti lena!
lagi satu
nak ilang tensen ko kena pi karaoke
lebih afdal sekiranya ko bawak kawan teman
lebih afdal sekiranya kawan ko tu org baik² macam aku
dan paling penting, lebih afdal sekiranya ko belanja aku satu malam tu
biasanya...kalau kita belanja org ni, kita akan rasa puas...
tak gitu?
hehe
Kak Jie: lagi-lagi kalau shower tu dalam bathtub, berendam sambil disirami air shower...nikmatnya!
PJ selamba: hmm..betul gak kan..;)
pandai ko ye..
satu fakta mengenai aku:
aku tak pernah gi karaoke..;)
kawan2 rapat bukan kaki karaoke la, kaki bola je...hehe
saya pernah tensen dulu masa kerja...pening, nak muntah, tak lalu makan, berat badan turun..Dr cakap saya dapat tension headache. Jadi saya harap lan tak la jadi macm tu. Tarik nafas panjang-panjang, nak fikirkan perkara yang baik-baik. Mungkin dpt membantu
sueda: terima kasih kerana singgah.
jangan risau, saya masih lalu untuk makan..malah makin bertambah..hehe
Aku kalau tension... tidor jer... tak pun tengok movie...yg kelakar la..kalau yg berat2 tambah tension lak..heh...
Sama la beb..aku pun x penah karaoke ni..stakat kat umah ngan orang kawin ada la..nak jugak try...
Ceh kena tandoori x ajak la...
Faizul: camne nak ajak, aku balik rumah kedua la..hehe
kalu tension,
layan la cd.
prison break yg pastinye.
xpon tgk anime.
xpon tgk bola.
glory2 ManUnited.
eh.
bley ke?
haha
layan jela
(n_n)
maira: boleh la tu..janji dapat lupakan masalah buat seketika..
Man United? Booo...
ey.
kutuk manU eh.nk kene ni.
heip.
haha.
maira: hehehe...penyokong setia dah marah
nk tanya ni.. rumah ke 2 tu kt mana ya?? hehe
mie: rumah kedua aku ialah rumah Boy..;)
Post a Comment