Friday, December 23, 2011

Cerita feri Langkawi

Kami lega bila mendapat tahu Encik G tidak perlu dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Strok yang dihadapinya cuma strok ringan. Dia pun masih boleh berjalan. Cuma dia perlu melakukan pemeriksaan di hospital bila sampai di KL nanti. Kalau kena tahan kat wad, lagi pening kami dibuatnya. Macam-macam hal perlu diuruskan.  

Selepas memakan ubat yang diberi oleh doktor, kami lihat keadaan Encik G lebih baik sikit daripada sebelumnya. Cuma bab air liur tu memang tak dapat nak tolong la, sentiasa je nak meleleh. Dia pun sentiasa pegang tisu. Kalau kami bagitahu air liurnya meleleh, dia akan lap. Kira macam notifications la tu. 2 jam kami terpaksa menunggu di jeti sebelum boleh berlepas. Encik G kami biarkan duduk bersama Zani di restoran yang terdapat di dalam Kompleks Jeti Kuah sementara saya dan Ady hanya duduk di kaki lima di dalam kompleks menjaga barang-barang kami. Banyak barang weh. Sorang dah 2 beg. Dengan barang-barang pameran lagi, kotak-kotak, laptop, lcd projektor, poster..bla bla bla..penuh 3 troli. Saya pergi sana 1 beg, balik 2 beg. Sambil duduk menunggu, kami melihat-lihat beberapa orang calon jodoh.

Seperti dijangka, masa naik feri la masa yang paling mencabar. Bayangkanlah dengan orang yang ramai, dengan nak tolak troli, nak jaga Encik G yang sakit lagi. Nasib baik pemandu pun bantu tolak troli, cukup sorang jaga 1 troli. Feri yang sepatutnya kami naik boleh pulak takde masa tu, entah sebab apa. Kami disuruh pula menaiki feri yang lain. 4 kali kami terpaksa berulang-alik dari satu feri ke feri yang lain sebelum dapat naik. Kejap suruh pegi feri yang depan, kejap suruh pegi feri yang belakang. Dah macam bola dibuatnya. Kalau berulang-alik tu berlenggang takpe, ni nak menolak troli sekali. Demm.. memang terpaksa bersabar je masa tu. Yang penting Encik G tak apa-apa.

Nak masukkan segala barang dalam feri dan keluarkannya semula bila tiba di jeti Kuala Kedah adalah kerja yang sangat mencabar. Banyak kali kena ulang-alik dari feri ke platform jeti. Barang pulak bercampur dengan barang orang lain. Mujur saya dah tanda semua beg dengan selotape. Kalau tak, jadi kelam-kabut la macam orang lain. Ramai kot bawa beg plastik hijau cap Haji Ismail Group. Beg-beg beroda pun banyak yang sama, beli kat kedai Pak Mail la tu. Masa nak keluarkan barang, mula la masing-masing jadi keliru yang mana 1 beg plastik atau beg diorang. Mungkin ada yang cuma beli coklat, balik rumah dapat mangkuk Corelle.

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

lan! nak coklat? wink2!

Lan Bingka said...

syafawani: ala..dah habis la awak. beli sikit je pun.. *wink*