Monday, January 31, 2011

Peluk isteri lebih enak

Semalam ramai yang terperap saja di rumah kerana hujan sepanjang hari. Bila dah hujan ni, nak beraktiviti pun malas ye tak? Aktiviti makan je yang banyak. Dapat pula makan sup panas..pehh. Semasa nak melelapkan mata pukul 12 malam tadi pun masih kedengaran bunyi hujan di luar. Banyak kawasan yang mula dinaiki air termasuk kampung saya di Batu Pahat yang mengalami hujan berterusan selama 3 hari. 

Pagi semalam saya keluar berjoging di satu tempat baru. Walaupun cuaca sejuk sebegitu lebih sedap dihabiskan di atas tilam, saya tetap keluar kerana dah berjanji dengan Faizul nak berjoging. Waktu pagi semalam takde la hujan sangat, cuma terasa titisan air halus dari atas. Memang halusss...kata Harith Iskandar. Tunggu punya tunggu Faizul tak muncul-muncul. Bila saya cuba call, handphone tak dihidupkan pula. Hmm, pagi yang dingin macam tu...lebih baik layan tidur sambil peluk isteri. Wah...enaknya! Nanti dah kahwin saya cuba eh..;p

Jadi semalam saya berjoging la di sekitar taman KLCC buat pertama kali. Saya tak kisah pun tak berteman, sebab saya dah biasa berjoging secara solo pada setiap pagi Ahad. Seronok la joging kat situ. Trek jogingnya memang terbaik. Terdapat laluan mendaki bukit sedikit dan ada penanda jarak pada trek. Senang la kita nak tahu berapa jauh kita berlari dan boleh la kita buat catatan masa untuk rujukan. Sebelum ni kalau berjoging di sekeliling tasik, mana nak tahu jarak. Main lari je la 2-3 pusingan. Panjang trek di taman KLCC ni ialah 1.3km. Semalam saya berjoging sejauh 5km dalam masa kira-kira 40 minit. Hmm..kena berlatih lagi untuk acara larian yang akan kami sertai nanti.

18 comments:

Ann said...

same lah..dh 3 hari kt cni..ujan xberenti...

Lan Bingka said...

Ann: minggu ni saya nak balik kampung sebab ada kenduri, harap2 cuaca ok

zirconia said...

semua tempat hujan tak berhenti eh. ingatkan kat melaka je. hehe. ehem bila nak kawin tu lan :D

Lan Bingka said...

zirconia: kat tempat lain pun lebih kurang sama je.. ehem..jangan la tanya..;p

Balqish Shafiqa Bajury said...

ingat kan entri ni ada kad undangan perkahwinan dr incik bingka!
:)

musim hujan sekarang, peralihan angin monsun.

Lan Bingka said...

Balqish: huhu..mana ada ;)

yott said...

dah 2,3 hari ni hujan jer...krja pun agak mencabar jgk..kdg2 bila buat kerja luar ofis...basah kena hujan...lps tu msk ofis...rasa dah x brapa nak sihat dah...

Lan Bingka said...

yott: keje kat luar ke minggu ni? hmm..kalau rasa dah tak sedap badan, cepat2 makan panadol k..

Seri said...

hari ni baru nampak matahari

Lan Bingka said...

Seri: betul tu, hari ni bagi kereta berehat, naik motor plak..:)

hentakbelipat said...

pegi taman klcc jog sambil servis mate..care beb

Lan Bingka said...

hentak belipat: sekali sekala memang tercuci mata..;)

nulhazwany abdul malik said...

5km 40 minit... lajunye lari.
waktu sekolah dulu, time merentas desa, 3km pun wany amek masa dekat sejam . tak larat. haha

Lan Bingka said...

nulhazwany: saya lari ikut belakang ada sorang mat salleh, tu yg terlaju tu. kalau sorang2 biasa je..;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Alamak. Jauh la plak kalau nak joging kat KLCC tu. Aku 5km ambil masa dalam 40-50minit. Non-stop.

Larian apa tu? Nak join.

Lan Bingka said...

Shahrul: non-stop ke? hebat tu.. aku lepas 2.5km ada jalan gak kejap..

larian boreno..

Mohd Shahrul Hafizi said...

Non-stop tetapi jogging yg konsisten la. Aku tak suka sekejap laju sekejap perlahan. Nanti mengah-mengah.

Larian boreno? Bagi details kat emel boleh?

Emel: mohdshahrulhafizi@gmail.com

Lan Bingka said...

eh silap taip plak.. larian bareno la. search je kat google..:)