Dua minggu yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah pergi ke Singapura. Kami menaiki pesawat Jetstar Airways sebab harga tiketnya yang paling murah berbanding syarikat penerbangan lain. Cuma RM 153 untuk penerbangan pergi-balik.
Nak tahu tak, ini pengalaman pertama saya ke luar negara! Pasport pun baru buat. Kesian kan? haha.. Mujurlah naik pesawat dah banyak kali, kalau tak memang terlebih teruja la gamaknya sehingga melompat bintang di dalam pesawat. Sebenarnya masa saya kecil dulu mak ayah saya pernah bawa saya ke Singapura, tapi saya tak ingat apa pun, sebab masa tu saya baru berumur 1-2 tahun.
Bercakap pasal pasport, semasa kami check-in di kaunter berlepas di KLIA, seorang kawan kami ada masalah dengan pasportnya. Setelah diperiksa oleh kakitangan yang bertugas, pasportnya akan tamat dalam masa kurang dari 6 bulan. Jadi memang tak lepas la nak ke luar negara. Hangus macam tu je tiket. Perjalanan Nik hanya sampai di KLIA saja. Dah la dia sama-sama naik ERL seawal 5.40 pagi bersama saya, Fariz dan Neves daripada Bandar Tasik Selatan. Kesian sungguh.
Ada 2 sebab utama kami ke Singapura. 1. Mencari barangan Newcastle United, 2. Menonton perlawanan Newcastle United bersama penyokong NUFC di Singapura.
Di Lapangan Terbang Changi - gelagat ketika wifi dikesan |
Menginap di Hotel Lloyd's Inn |
Yang pakai topi tu je bukan penyokong Newcastle. Kenal tak? ;) |
Kami check-in di hotel pada jam 11.30 pagi hari Sabtu. Selepas berehat buat seketika, pada jam 2 petang kami keluar berjalan-jalan di Kota Singa. Kami bergerak menggunakan MRT. Destinasi pertama kami sudah tentu ke Peninsula Shopping Centre. Di sini terdapat beberapa kedai yang menjual barangan kelab-kelab bola sepak luar negara. Antara kedai yang popular ialah La Vanita. Pelbagai barangan kelab ada dijual di sini seperti mafla, mug, bendera, kalendar, jam, alat tulis, tabung, stiker, topi, anak patung, beg dan macam-macam lagi, semuanya original. Senang cerita kat KL takde atau susah sangat nak dapat benda-benda ni. Lama juga la kami menghabiskan masa di situ. Keadaan kami ketika itu boleh la digambarkan seperti kanak-kanak di dalam kedai permainan. ;)
Tempat tumpuan - La Vanita |
Pada sebelah malamnya kami ke Raffles Place, menonton perlawanan Machester City vs Newcastle United. Dapat la jumpa geng2 NUFC di sana. Selepas habis perlawanan, kami menuju ke Mustafa Centre, sebuah pusat membeli-belah yang dibuka 24 jam sehari. Macam-macam barangan ada, tapi kami tak meronda habis di situ sebab dah keletihan berjalan kaki dari tempat menonton bola tadi. Orang yang kononnya tahu jalan tu bawa kami berjalan ikut jalan yang jauh la pulak..aduhh. Balik tu kami naik teksi sebab dah pukul 2 pagi.
Selamanya! |
Pada keesokan harinya, kami check-out daripada bilik tapi barang-barang kami tinggalkan di lobi hotel. Kami menuju ke Restoran Zam Zam yang terletak di North Bridge Road, berdepan dengan Masjid Sultan. Restoran ni memang popular di Singapura. Kami makan nasi briyani, murtabak daging dan murtabak rusa. Memang sedap!
Lama kami berteduh di kaki lima Restoran Zam Zam sebab hujan. Kemudian kami ke Orchard Road dan ke Peninsula semula sebab ada barang lagi nak beli. Pada waktu petang kami kembali ke hotel untuk mengambil beg, berehat sebentar di lobi dan bertolak ke lapangan terbang. Rasa rugi pula tak pergi ke Bugis Street. Universal Studio Singapore pun tak pergi sebab bajet terhad. Maklumlah pergi sebelum gaji. Takpelah, mungkin lain kali.
6 comments:
perghh peminat newcastle rupenya..jrg kot jmpe.
mmg rugi tak pegi USS kalo dh alang2 sampai sane...sgt la best. wajib try transfomer
Ann: dah 17 tahun saya sokong Newcastle :)
untung le dieeeee... ck xpenah naek kapal terbang. lagi kesian! ahak
CK: hehe.. untung sikit je. Nanti masa CK akan tiba juga.. ;)
kesiannya kwn, passport tak lepas. renew je, sekarang ni warga emas dpt rm150 je utk 3 tahun..:D
zi wahid: memang kesian, dia ke airport untuk hantar kitorang je ;)
Post a Comment