Ni saya nak berkongsi satu perkara tentang adab.
Jika kita sedang berdiri dan hendak menunjuk pada benda atau barang yang terletak di atas lantai atau tanah kepada orang lain, janganlah kita menunjukkannya dengan kaki. Tidak sopan ok.
"Ko tengok yang ni, pastu yang ni pun sama, haa yang ni dia punya tapak, haa yang ni bla bla bla"...bergerak-gerak kaki ke kiri ke kanan, atas dan bawah menunjukkan bahagian yang dimaksudkan. Nak lebih bergaya lagi kaki tu pula ditukar kejap guna kaki kiri, kejap guna kaki kanan sambil cekak pinggang. Amboi..
Biasanya orang tunjuk dengan kaki sebab kalau tunjuk dengan tangan, orang tak jelas bahagian mana yang ditunjuk. Jika begitu, tunduk atau bertinggunglah berdekatan barang tu dan tunjukkanlah dengan tangan. Lebih sopan.
Namun begitu, ada juga masa yang dibolehkan untuk tunjuk dengan kaki iaitu ketika tangan kamu diikat. Macam ni la, kalau kamu nak sangat tunjuk dengan kaki, pegang la kaki palsu dan tunjuk la sesuka hati kamu.
#Oh I miss blogging..
7 comments:
kurang ajar betul?
hahaha.
Tak pernah buat lagi. kaki pendek so kalo angkat tunjuk2 pon macam bodoh rupanya.
lagipon macam takde tangan nak tunjuk pakai kaki?
Salam.
Dah macam malas pun ada jenis mcmni. Macam berat sangat nak guna tgn.
Yg tunjuk pakai kaki ni sebab takde tangan kot
Cheryna: belum buat, jangan buat..hehe
Tinta Lana: Tangan diguna untuk cekak pinggang je ;)
Nana BamBam: memang kesian..hehe
the malay male: dia lupa ada tangan kot.. ;)
Post a Comment