Hujung minggu lepas saya ke Johor Bahru bersama Pali dan Sol. Pali ada kerja di beberapa tempat di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Saya dan Sol saja meneman. Kalau tak dia pergi seorang je. Disebabkan ada banyak tempat yang perlu disinggah (ada 10), pukul 8 pagi hari Sabtu kami dah bertolak menuju ke selatan.
Dalam perjalanan, kami dah memikirkan destinasi yang sesuai untuk berbuka puasa di JB. Tak sabar betul, padahal baru tengahari. Saya pun mulalah mencari-cari di internet dan akhirnya saya mendapat idea untuk makan Nasi Briyani Gam di Taman Dahlia. Saya memberi nombor telefon Haji Saadon, tuan punya kedai kepada Sol untuk dihubungi. Ye la, kami kena la tanya kedai dia buka ke tidak.
Sol dengan segera menelefon Haji Saadon. Dia memberitahu kedainya tutup, tapi dia ada jual bungkus di depan kedai. Masa sedang bercakap di handphone tu tiba-tiba Sol tanya pada saya dan Pali nak briyani lauk apa. Disebabkan dia nak jawapan segera, kami beritahu la lauk apa yang kami nak. Sepatutnya kami cari la kedai lain untuk berbuka, tapi Sol dah ter 'order', nak buat macam mana...haha. Kalau boleh nak duduk makan di kedai la, sebab dah penat memandu dari KL. Jadi boleh makan dengan selesa. (bukan saya yang memandu pun)
Petang tu (6.30 petang), semasa sedang berpusing-pusing mencari kedai Nasi Briyani, Haji Saadon call menanyakan lokasi kami. Sol cakap kami dah dekat. Disebabkan dah dekat, Haji Saadon suruh kami tunggu di tempat kami berada tu. Dia nak datang hantar nasi briyani yang kami order. Bila kami tunggu di situ, Haji Saadon call kata dia dah sampai di tempat lain. Eh, ada salah faham pula. Sol dengan yakin suruh Haji Saadon tunggu saja di situ, kami pula yang akan datang. Aduh, sesat pula nak ke tempat yang Haji Saadon tunggu tu. Dah la waktu berbuka dah dekat. Kelam kabut dibuatnya. Haji Saadon call lagi tanya kami kat mana. Sol bagitahu la kami sesat. Sol jadi panik sebab terpaksa bercakap dengan Haji Saadon di telefon..hahaha. Semasa dalam kesesatan tu (lol) tiba-tiba kami sampai di depan kedai Haji Saadon. Magik sungguh. Haji Saadon pun datang ke kedainya semula. Kami rasa bersalah sebab dah menyusahkan Haji Saadon petang tu. Jam pun dah menunjukkan pukul 7.15.
Apabila Haji Saadon sampai, kami dah nampak bungkusan Nasi Briyani Gam dalam raga motornya. Ingatkan dah boleh ambil, tapi dia suruh kami ikut motornya dari belakang. Dia bergerak dan kami pun mengekori dengan kereta. Rupa-rupanya Haji Saadon membawa kami ke kedai makan kawannya yang terletak berhampiran. Kami sampai betul-betul waktu azan berkumandang di tv. Tapi itu azan untuk kawasan di KL la. Di Johor dah berbuka awal sikit.
Nasi Briyani Gam Haji Saadon memang sedap! Kami berbuka puasa dengan Haji Saadon petang tu. Sambil makan kami berbual-bual. Haji Saadon menceritakan yang dia telah mula berniaga sejak tahun 1954 ketika umurnya 16 tahun. Dia juga ada merancang untuk berniaga di KL selepas ini.
Setelah selesai makan, Haji Saadon meminta diri untuk pulang.
Kami (serentak): Berapa harga nasi ni semua pakcik?...............(serentak la sangat)
HS (senyum): Takpe la, saya belanja. Orang dari KL datang jauh2.
Kami: Ye ke? Terima kasih pakcik!! InsyaAllah lain kali jumpa lagi ye. =)
Maaflah takde gambar bersama Haji Saadon sebab bateri handphone habis masa tu. Kalau korang ke JB jangan lupa makan Nasi Briyani Gam di Taman Dahlia. Memang puas hati. Kata Haji Saadon, 'Jalan-jalan Cari Makan' pun dah sampai ke kedainya.
Saya ada satu soalan - Apakah ejaan briyani yang betul? Beriani / Bariani / Briyani / Beryani / Beriyani / Baryani / Biryani ?

Nasi Beriyani GamTaman Dahlia, JB |
Saya ada satu soalan - Apakah ejaan briyani yang betul? Beriani / Bariani / Briyani / Beryani / Beriyani / Baryani / Biryani ?
13 comments:
ejaan salah pon xpa lan..janji kenyang n sedapp! heeee =D
Salam.
Banyak tol pilihan nak ngeja briyani ko lan,hahahaha. memg mau fail le lau soklan camtu msuk lam exam. (-_-)
Oww..sudah tertulis diatas sana, rezeki korg bertiga. Dari niat nak meneman kawan bt keja, niat nak mam kat kedai, pastu diuji sesat barat. Kesudahannya..dpt mam free, nsi briyani lak tu, tokey kedai sendiri yg blnje >_< Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yg memberi Rahmat..ooo ooo ooo ooo..kekeke
wahhh..sedapny makan free...nak jugakkk..
sy org jhor pon,tak pnh smpi lagi..hehe
Syafawani: betul tu..hehe. Sibuk ye makcik sekarang!
Tinta Lana: Tak sia2 sesat, rezeki ramadhan menanti :)
sitifarhana: memang sedap makan free.. dah rezeki kami, syukur :)
syoknyer die dpt nasik free kan? hikhikhik..
nasi briyani feveret kite kot! ^^p
Nana BamBam: betul2, rasa tu yang penting :)
CK: mesti la syok..hehe.
oo..feveret ye ;)
hahahaa
Assalammualaikum Lan. ^_^
Ni nak habaq, sementar masih sempat lgi ni..hehe. Selamat Hari Raya Aidilfitri ya lan..maaf zahir dan zahir semata2..batin..tade kan? >_<
Minta maaf ea kalau lana buat silap, ada terkasar bhsa sepanjg perkenalan didunia maya ni.. Semoga bergembira dihari raya nanti :)
Untuk Lan:
http://lianapm.blogspot.com/2012/08/eid-ul-fitr.html
Kita sambung kembali berblog pas raya,insyaAllah! Doakan perjalanan lana selamat ea >_<
Tinta Lana: Selamat Hari Raya! Mohon maaf juga :)
eh saya orang JB pun tak tahu pasal tempat ni di tmn dahlia....nak kene google nih....
nasi beriani gam memang femes kat johor terutama di area batu pahat dan muar. Saya baru jer upload pics masa makan beriani gam kat Tangkak...bagi saya yg paling best tapi kurang dikenali.
Senang2 tu singgah la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Nanti follow yer blog saya TQ TQ TQ
Post a Comment