Dulu masa kecil, semasa sedang seronok bermain dengan kawan-kawan, Kak Zue menjengah dari tingkap dan memanggil adiknya, sama seperti yang dilakukannya pada hari-hari yang lepas..
"Dik.. balik minum petang!"
Saya seperti biasa, blur sekejap. Minum pun ada jadual.
Akip berhenti bermain dan balik ke rumah.
Saya sambung bermain dengan kawan-kawan yang lain. Nasib baik diorang takde jadual minum.
Tiba-tiba adik saya datang naik basikal.
"Long, mak suruh balik sembahyang!"
Saya teruskan bermain.
Dah 3-4 kali diorang panggil, saya pun balik.
8 comments:
aku dulu waktu kecil pun ada waktu begitu. aku percaya, hidup sememangnya perlu ada aturan yang jelas. :)
hanaahmad: nasib baik duk hostel, dapat merasa hidup berjadual :)
mana2 pon mesti ada aturan sebab kita selalu leka..
Adylia Qarissa: lebih teratur
Salam..
situasi tu, tak jauh beza ngan zaman lana kecik dulu. Seronok bermain tak ingat dunia, kdg2, tak cukup mak abah panggil, jiran pun menjerit skali, "lanaaaaaaa, mak ko dah jerit tu" wehehehehe
Tinta Lana: saya tak puas hati la kena kacau masa bermain. dalam hati.."eeii sibuk je"..haha
Zaman kecik memanglaa kan. Lepastu besar sikit baru dengar kata. Haha. Kesian mak bapak kita :)
Ardini Izzati: masa kecik rasa bosan la asyik nak kena menurut perintah je. tapi itulah sebenarnya didikan berguna untuk kita :)
Post a Comment