Friday, February 10, 2012

Pengikut di tangga

Semalam semasa pulang dari kerja, saya naik tangga di lot rumah kedai tempat saya menyewa. Rumah saya di tingkat 4, atas sekali. Ada seorang lelaki kebetulan menaiki tangga juga. Saya pun tak cam sangat, mungkin sebab tak pernah terserempak. Kat rumah sewa saya macam tu la, lalu kat tangga masa nak pergi kerja, balik kerja dan pergi makan je. Kadang-kadang ada la terserempak dengan orang lain. Bila terserempak tu saya senyum la. Ada yang bila saya dah senyum, buat tak tahu je. Lantak kau la.

Dia di belakang saya, dan menaiki tangga dengan agak laju. Saya pun terpaksa laju sikit sebab dia makin lama makin dekat. Dah la saya tengah bawa banyak barang..huhh. Ko nak raba ke apa ha? Dia menuruti saya sampai ke tingkat 4 juga. Sekali dia berbunyi macam terkejut "Eh.." lalu dia patah balik ke tingkat 3. Dari depan pintu rumah saya, kedengaran dia membuka grill rumahnya. 

Entah apa-apa..

8 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

terlajak le tu.. he..he..

Lan Bingka said...

Kak Liza: tu le pasal, kalut je..

zi wahid said...

mungkin 'dia' tu nak cuba naik tangga secara berduet kott...hehe

Lan Bingka said...

zi wahid: tak best la berduet ngan laki..hehe

yonna said...

haahaha kalut nyaaa dia tu sampai salah rumah heuheue

Lan Bingka said...

yonna: hai, lama menghilang. tu la pasal, nak ikut2 orang plak..

Faizul said...

Lelaki ke Awek yg follow tu...

Lan Bingka said...

kan dah tulis lelaki.. ish ish