Semalam saya dapat SMS dari seorang kawan:
"Cuba teka aku kat mana? Haha..Subang airport. Teringat keja kita dulu.. Hahahaha"
Dulu lepas habis belajar di Politeknik, saya dan beberapa orang kawan dapat peluang kerja sementara di MAS, tempatnya di Lapangan Terbang Subang. Kerja sebagai Semi-skilled Aircraft Mechanic, kontrak selama 3 bulan. Boleh la tu sementara nak tunggu sambung belajar. Daripada tak buat apa, baik belajar baiki pesawat. Kalau kerja rajin sikit boleh jadi engineer atau pilot.
Pada hari pertama bekerja, kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan masuk bahagian baiki kerusi pesawat, satu kumpulan lagi ke bahagian Upholstery. Saya masuk bahagian Upholstery bersama 2 orang kawan.
***
Selama 3 bulan kami bekerja pegang gunting. Screwdriver, spanar, playar semua tak perlu. Setiap hari kami kena berdiri sambil menggunting pelbagai jenis kain mengikut bentuk-bentuk yang ditetapkan, bergantung kepada jenis pesawat. Kemudian kain-kain yang siap dipotong akan diberi kepada geng seterusnya untuk dijahit menjadi sarung kusyen. Seminggu pertama kerja tu, sakit betul jari-jemari. Mana taknya, dari pagi sampai ke petang kerja menggunting je. Gilak. Sampai jadi kasar kulit jari kat bahagian yang biasa pegang gunting tu. Sakit pun dah tak rasa dah.
Saya balas SMS sambil tersengih. ^_^
11 comments:
wahhh..pramugariiiii :D
nasib baik kau punya gunting x mmebawa ke guntig rambut pramugari kehkeh
zirconia: motivasi utk pegi kerja..haha
hentakbelipat: tak tahu pun cakap tahu tu..haha
bestnya...dapat pengalaman kerja dekat airport, teringin pula nak cuba, dah bosan la asyik keje part time dekat mall...
jejentik: saya pun kebetulan ada kawan kenal orang keje kat airport..layan je la :)
pramugari juga pilihan dia :)
maCy: pandai je, mana ada.. ;)
;)
pramugari lawa.. eh.. ^_^
yott: yuhuu..
khairunnisa: haah..cun ^^
Post a Comment