Hari Sabtu minggu lepas, bangun je dari tidur saya tengok hari dah siang. Jam dah pukul 9 pagi. Dalam hati mengomel...cis tak dengar pulak bunyi alarm handphone ni, mungkin kena tukar lagu yang lagi ganas. Saya capai handphone yang dah terjatuh ke lantai. Ada 3 missed call dari nombor ayah, panggilan terakhir pukul 6.30 pagi. Oops, mesti mak yang call guna handphone ayah, panggilan solat dari Johor.
Kedua-dua orang tua saya balik kampung minggu lepas. Diorang bertolak pada Jumaat malam bersama adik dan adik ipar saya. Jadi bila balik dari main futsal pukul 2.30 pagi tu, memang diorang dah takde kat rumah. Bila dah penat main futsal, tidur pulak pukul 3-4 pagi, selalunya memang tak sedar bunyi alarm pukul 6.00 pagi. Kena ada orang panggil, sahut-sahut sikit nama tu baru sedar diri.
Semalam, balik je dari main futsal saya malas nak lengah-lengah sebab pukul 7 nak pergi kerja. Mandi, lepas tu terus bersedia untuk tidur. Selalunya saya tidur kat dalam bilik, kadang-kadang je tidur kat ruang tamu. Semalam saya pilih untuk tidur di ruang tamu, biar senang orang nak kejut. Dah tutup lampu semua, saya pun baring di atas sofa. Sekarang ni dah terbiasa, sebelum tidur online sekejap guna handphone. Sambil baring tu saya pun tengok la emel, tengok blog ni dan tengok FB. Dekat FB ada pulak kawan share video Maharaja Lawak Minggu 11 - Jozan. Kahkahkah...kelakar gila si Johan. Tak guna, dah baring nak tidur pun boleh tergelak lagi. Sorang-sorang pulak tu.
***
Di pagi yang hening, saya terdengar nama saya dipanggil. Sayup-sayup bunyinya. Makin lama makin jelas, lalu mata pun terbuka. Saya nampak emak di dapur sedang menyiapkan sarapan. Semasa lalu di dapur, saya kata pada emak sambil memeluk bantal..."Hari ni kena kerja." "Kerja?" soal emak. "Ya, kerja." jawab saya dari atas tangga. Masa tu emak cuma nampak kaki saya.
16 comments:
salam~
macam diari pon ada. tapi best baca. ley r gelak gak baca part kmu gelak sorg2 mengenangkan Jozan tuh. haha. :D
cerita bersiri kisah seorang lan :)
Cik Zara: hehe..thanks
izuan: cerita yg tak best mana..haha
Nano..Nano...Nano..Nano...Nano..Nano...Nano..Nano...Nano..Nano... Hua hua hua
huhuhu..tersenyum plak dpn lappy bce entry kmo.. :)
faizul: kahkahkah..memang nak kena sekeh
cik shanashaida: hehe.. saya pun tersenyum baca komen kamu..:)
kalau sy tidor kat sofa..sure pg rasa sakit2 badan..
yott: nasib baik badan saya ok je..:)
kessimpulannya pegi kerja ke tak 2?? huuu :D
zirconia: mesti la pegi.. sampai kul 6 petang duk kat ofis..;)
hahaha~macam diari dalam novel~ada bakat la!suke tengok maharaja lawak skrg!best!lagi2 jozan n sepah!
qasih: huhu..tq. betul2, jozan & sepah memang best..
tido mati ke lan? rakamlah suara panggil nama. buat sebagai alarm.. he..he..
Kak Liza: hari sabtu je susah sikit sebab penat main futsal, hari lain senang..:)
rakam tak best la kak, kena dengar live baru best..sebab tu hari sabtu kena tidur kat ruang tamu, biar senang dengar suara mak..;)
Post a Comment