Tolong jangan buat perangai buruk ni |
Semasa berhenti di satu persimpangan lampu trafik, dengan selamba pemandu kereta di depan saya menurunkan cermin tingkap dan membuang 3 gumpalan tisu. Saya terus jerit "Woi!" tapi dia buat tak endah je (cermin tingkap saya tak diturunkan pun). Tolong la jangan buat perangai monyet macam ni. Besar kot sampah-sampah tu. Pernah juga saya jumpa pemandu/penumpang kenderaan yang campak botol air mineral dan tin minuman keluar dari kenderaan. Durjana betul..
Tu kereta kawan siapa tu? Tolong nasihatkan dia sikit. Apa salahnya simpan sekejap sampah tu dalam kereta. Bila dah sampai ke tempat yang dituju, buang la dalam tong sampah. Susah ke?
Tu kereta kawan siapa tu? Tolong nasihatkan dia sikit. Apa salahnya simpan sekejap sampah tu dalam kereta. Bila dah sampai ke tempat yang dituju, buang la dalam tong sampah. Susah ke?
20 comments:
Ei msti da terbiasa cmtu kan.. cner la nk bersih
shana: kalau budak2 saya dah jentik jari.. biasa tu dia..
Ya Allah..geramnya.
Minggu lepas pun macam tu, ikut kat belakang satu kereta tu, buang plastik sisa makanan...adeih...sakit hati
Kak Jie: eeii..tak guna otak betul..
hehe..lagi lawak kereta no plat singapore, bukak pintu, letak paper bag mcd kat luar kete masa traffic light merah..terus mama saya hon banyak kali..last2 dia malu, dia angkat balik masuk dalam kereta..kalau kat tempat dia, boleh pulak tak buang sampah merata-rata, tapi klo kat jb, senang2 je buat camtu..
iyllienaz: waa, itu mmg cari pasal tu..
saya harap saya ada syiling utk menggores menang kereta tersebut.
maCy: saya harap awak menang..;p
salam Lan,
well, sstngh org mmg rasa ssh sgt nak jaga kebersihan..;)
yott: kalau muka lawa/kacak, tapi buat perangai buruk macam ni..aduhh...gagal la
em..tak suka juga manusia mcm ni~kwn sy pakai myvi merah juga~nasib baik bukan dia~hehehehe~sabar ye lan~suatu hari t dia akan sedar kepentingan menjaga alam sekitar~
qasih: baiklah, saya sabar..;p
hari tu kwn dlm kereta buang plastik luar tingkap. semua org lain dlm kereta melenting-lenting marah dia. menikus je dia sepanjang jln balik.. :P
Munirah: bagus2, tegur je..kalau tak sampai bila2 tak berubah.
memang durjana pun. menyusahkan manusia di bumi ini.
http://adzriel.blogspot.com/2010/12/jangan-buang-sampah-merata-rata.html
Kak Liza: memang kena didik anak sejak kecik yang perbuatan tu salah..:)
memang menyakitkan hati!!! takde kesedaran sivik langsung! bodoh tau org2 yg suka buang merata ni!!! kalau kawan2 yonna buang kan. mmg yonna suruh diorg kutip balik. haih serius tak suka. kalau semua org perangai mcm tu, mmg tido dgn sampah la kita tak lama lagi ni.
yonna: betul tu, memang takde otak. rasa nak ketuk je kepala tu..
bila perangai parents macam ni, kebarangkalian anak mengikut perangai yg sama = 99.9%..
marina: betul tu.. bila satu family naik kereta, makan pulak rambutan atau kacang rebus, masing2 buang kulitnya keluar.. kan buruk perangai tu
Post a Comment