Setelah pulang dari Kuala Terengganu petang Jumaat lalu, saya dan adik sempat melawat kawan baik saya semasa kecil di Hospital Kuala Lumpur. Keluarga kami lama berjiran semasa tinggal di kuarters kerajaan dulu. Saya dan adik-beradik memang rapat dengannya, cuma mungkin saya yang paling rapat kerana umur kami hanya berbeza setahun. Walaupun kini kami dah jarang bertemu, namun kenangan membesar bersama sewaktu kecil tetap punya tempat istimewa dalam hati saya. Sayu rasanya hati melihat dia terlantar kaku dengan tiub di mulut dan hidung. Hanya dadanya yang kelihatan bergerak ke atas dan ke bawah hasil bantuan pernafasan dari mesin. Dah 2 minggu dia koma akibat penyakit dalaman yang agak rumit hendak diceritakan. Tiada apa yang mampu saya buat, hanya memerhati keadaannya sambil berbual sedikit dengan ayah dan isterinya. Sekali sekala saya memegang tangannya dengan harapan dia akan terjaga.
Pagi semalam saya ke Klang menghadiri upacara pengebumiannya. Ya, dia sudah meninggal dunia pada petang Sabtu, sehari selepas saya melawatnya. Semasa saya sampai, arwah baru selesai dimandikan. Saya turut serta melakukan Solat Jenazah untuknya dan mengiringinya ke tanah perkuburan. Saya tenang saja semasa menatapnya di hospital, selepas jenazahnya dimandikan, selepas dikafankan dan selepas disembahyangkan. Tapi semasa di tanah perkuburan, perasaan sedih datang menerpa sehingga tidak dapat ditampung lagi. Pakcik yang duduk di sebelah saya pun terikut-ikut dengan emosi saya, padahal sebelum tu dia tenang saja. Akhirnya saya berjaya membasahkan sehelai sapu tangan yang saya bawa bersama.
10 comments:
ya allah,sedihnya! T_____T walaupun bukan kawan baik sampai sekarang. tapi dia tetap sebahagian dari kenangan bro kan? memang akan terasa jugak kehilangan dia.
al fatihah.semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman.
yonna: bila terkenang zaman kecik2, memang terasa gak.. (amiin..)
takziah.semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.setiap yang hidup pasti akan pergi.semoga kenangan dengannya akan kekal abadi selamanya...
smg roh arwah dicucuri rahmat..:)
Sayu je hati bace entry neh..semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat..
Al Fatihah..
qasih: amiin.. kenangan membesar dengannya sentiasa saya ingat..
Ann: dan semoga dia ditempatkan bersama orang2 yg soleh..
shana: amiin.. Al-Fatihah..
pastinya kehilangan itu bkn sesuatu yg manis... pasti.. alfatihah.
maCy: betul tu.. ianya pahit
Post a Comment