Sunday, July 25, 2010

Bulan Ramadhan nanti, den torai..

Macam mana? Nak masuk tak? Kalau nak masuk abah tulis nama. Sudah kali kedua soalan tu ditanya. Masa kali pertama ditanya saya berat nak beri jawapan. Abah kena cari orang. Dia kata takde orang lagi sekarang ni. Cara bertanya tu macam nak suruh saya masuk. Saya faham.

Hmm...boleh la kot. Tapi hari Jumaat tak boleh. Ada futsal macam biasa. "Bulan puasa pun main futsal?"..tanya abah. "Main la. Futsal pukul 11, lepas tarawih sempat lagi pergi". Lepas tu baru saya terfikir nak tanya.. "Selalu tu lama ke diorang buat?" "Boleh la, sampai pukul 12 gak". (Erk...boleh tahan ke ni?)

Kelmarin saya minum petang dengan Pali. Dia nak saya install Adobe CS4 dalam laptopnya, juga berbincang beberapa hal lain. Disebabkan saya dah janji nak jumpa dia, saya tak dapat nak joging dengan Faizul di taman KLCC. Dah beberapa kali dia ajak. Tak pernah saya ada masa nak pergi. Menjelang maghrib kami berangkat pulang. Sebelum pulang, sempat saya berpesan kepada Pali..."Nanti bulan puasa, kalau nak buka puasa kat luar, hari Jumaat je aku free, hari lain tak boleh."  "Kenapa?"  "Aku join geng surau"  "Buat apa?"  "Tadarus..." "Waa.."

Bingka: Wakil geng muda...den torai

10 comments:

yott said...

waaa...Lan, lepas ni ramai la pakcik makcik nak buat menantu ni..hehe

Lan Bingka said...

yott: ala..saja cuba je :)

meowwmania said...

waa..molek sgt la tuh

tahniah :)

Lan Bingka said...

meowwmania: thanks..

yonna said...

wahhh!! cayalah broooo! sejuk hati ibu mengandung :p

Lan Bingka said...

yonna: mula2 tu rasa macam malas, tapi dah kata 'ok' tu kena cuba sebaik mungkin la..;p

Atiqah Ahmad said...

alhamdulillah. =)

Lan Bingka said...

atiqah: yarhamkallah..:)

eL said...

Macam pernah tengok iklan "Geng Surau" tapi kat mana ye? Lupa lah.

Lan Bingka said...

eL: ye ke.. saya pun lupa..hehe