Friday, February 5, 2010

Si Poyo

Semalam saya terlibat dalam satu ekspo di PWTC. Ekspo/pameran ni memang setiap tahun diadakan. Seperti biasa, saya pasti akan berjumpa dengan seseorang yang saya tak gemar. Saya akan namakan dia sebagai Si Poyo dalam entri ni. Si Poyo memang sering terlibat dalam setiap pameran yang saya sertai. Maklumlah kami bekerja dalam satu organisasi, cuma dia di jabatan lain.

Sikap dia ni boleh saya katakan sombong tak bertempat. Pada pameran-pameran sebelum ni saya cuba juga menegur, tapi dia macam nak tak nak je layan. Takpe, mungkin kamu takde idea nak berbual. Beberapa kali selepas itu saya cuba senyum atau mengangkat kepala sedikit (niat untuk bertegur sapa) tapi tak diendahkan. Takpe, mungkin kamu rabun.

Tapi dalam satu pameran pada pertengahan tahun lepas, dia 'berjaya' buat sesuatu kepada saya. Seperti biasa sebelum masuk ke dewan pameran, saya akan mengambil pas masuk daripada wakil organisasi saya yang sudah sedia menunggu di luar dewan. Disebabkan masih terlalu awal untuk masuk ke dalam dewan, saya berbual sebentar dengan abang yang bagi pas tu. Tak lama lepas tu, datanglah Si Poyo ni untuk mengambil pas. Dia menegur abang tu. Saya yang berdiri betul-betul di sebelah abang tu senyum dengan ikhlas padanya. Tapi dia langsung tak pandang saya (buat-buat tak nampak). Lepas ambil pas dia terus masuk ke dalam dewan. Punyalah sombong mamat sorang ni. Sesungguhnya pada hari itu dia telah 'berjaya'. Berjaya buat saya sakit hati dan berjaya buat saya benci padanya.

Dan sepanjang hari pameran semalam, saya buat macam dia tak wujud je (walaupun booth kami bersebelahan). Lebih baik saya berbual dengan orang yang tak sombong dengan saya. Kalau saya tak berbual dengan sesiapa pun, lebih baik saya menatap laptop di booth saya atau berjalan-jalan melihat booth orang lain daripada membuang masa cuba berbaik dengan kamu.

Bingka: Hari ni pameran lagi, jumpa Si Poyo lagi...

6 comments:

eL said...

Hehehe Lan...ni nasihat dari akak awak...nasihat yang kurang baik. Dah keluar tanduk sikit. Lantakkan dia. Kalau awak tak kawan dengan dia pun, awak tak rugi. Ramai lagi orang nak kawan dengana awak. Percayalah, satu hari nanti, dia akan minta tolong dengan awak walaupun benda yang kecil.

Awak dah usaha lebih dari 3 kali untuk berkawan dengan dia. So?

Kujie said...

sayang dengan orang yang sayang kite je... kawan dgn org yg ngam dgn kite je.... mgkn dia tak ngam dgn kite...kan...

eL said...

Betul tu kak jie. Gatal betul tangan nak sokong komen kak jie hehehe. Buat biasa dengan orang yang buat biasa dengan kita. Buat istimewa dengan orang yang layan kita istimewa. Tapi jangan pulak buat jahat dengan orang yang buat jahat kat kita. Buat dek je takpe. Hoh! Kan dah kata...nasihat entah apa-apa kekekeke....

Lan Bingka said...

eL: wah..nasihat tak henti2..hehe
kak jie: tak rugi pun tak berkawan dengan orang macam tu..;)

paksuu said...

kita buat hal kita...dia buat hal dia...abis citer...itu yg Paksuu biasa buat

Lan Bingka said...

paksuu: biarkan dia dengan labu-labunya..hehe