Saturday, December 19, 2009

Ikan laga bernama The Rock

Dulu saya minat betul menonton rancangan WWE (World Wrestling Entertainment) di televisyen. Sejak sekolah rendah saya begitu teruja menyaksikan aksi bintang-bintang WWE (dulu dikenali sebagai WWF) seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, The Million Dollar Man, Jake The Snake, Undertaker, The Rock, Stone Cold Steve Austin dan ramai lagi.

Zaman WWE paling hebat bagi saya ialah dari tahun 2000-2004. Antara bintang yang mewarnai gelanggang WWE pada masa tu ialah The Rock, Triple H, Stone Cold Steve Austin, Undertaker, Kane, Chris Benoit, Kurt Angle, Big Show dan Booker T. Masa tu saya masih belajar. Saya dan kawan-kawan serumah pasti tidak ketinggalan menyaksikan rancangan tersebut bersama-sama setiap minggu. Sangat meriah! Saya masih ingat betapa semangatnya beberapa orang kawan serumah saya membeli ikan laga (guppy fish) dan menamakannya dengan nama Triple H, The Rock dan Stone Cold. Lucu mengenangkan gelagat mereka..;)

Selepas zaman itu, minat saya pada WWE mula berkurangan. Makin lama makin bosan saya menontonnya. Mungkin sebab bintang-bintang yang saya minat dah tiada. (Owh, cara kematian Chris Benoit memang mengejutkan!) Tapi saya tengok peminat WWE dari kalangan 'orang lama' tak pernah bosan menontonnya. Masa siaran rancangan lain mungkin boleh lupa, tapi masa siaran WWE sentiasa ingat. Tepat pukul 10.00 malam setiap Selasa dan Khamis pasti dah berada depan tv. Memang peminat setia. Termasuklah ayah saya..;)

Antara individu yang tidak akan dilupakan dalam WWE adalah Paul Bearer. Watak misteri bekas pengurus Undertaker ini memberi impak tersendiri kepada rancangan tersebut. Tambahan pula, pada masa tu Undertaker akan membungkus lawan yang berjaya dikalahkannya ke dalam beg mayat. Paul Bearer pula akan terkumat-kamit membaca sesuatu sambil memegang bekas abu mayat. Seram ok. (sebab masa tu saya kecil lagi).

Paul Bearer bersama Undertaker

sumber

Bingka: Rindu dengan aksi The Rock tanggalkan 'elbow guard'nya..;)

3 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

eL said...

Saya dah berhenti tengok WWE sejak ada orang bagitahu saya ianya hanyalah sekadar sukan dan lakonan. Betul ke? Sebelum saya tahu, bukan main teruja tengok. Siap kesian-kesian lagi kat sesiapa yang kena tala sampai berdarah-darah.

Part paling best bunyi muzik berdentum-dentam bila wrestler nak masuk. Kita yang tengok pulak berdebar menunggu-nunggu siapa yang keluar. Diorang yang dalam gelanggang tu apalah lagi. Dari lagu je dah tahu siapa akan masuk gelanggang.

Dulu-dulu punya wrestler jugak best.

Lan Bingka said...

eL: saya pun dengar macam tu gak..;)