Monday, November 30, 2009

Berkenalan dengan bius

Sebaik sahaja kereta berhenti, saya terus berlari keluar. Hmm...takde la sakit sangat...ceh. Siapa yang buat cerita ni, pandai-pandai kata sakit. Tatkala abah baru menjejakkan kaki keluar dari kereta, saya sudah berada di dapur mendapatkan emak. "Mak...mak...tak sakit pun...hehe". "Ye ke, baguslah tu...dah, gi baring kat depan, jangan nak lasak-lasak sangat", kata emak. Saya tidak terus berehat, sebaliknya berjalan-jalan dan bermain-main dengan adik. Ala..bukan sakit pun. Beberapa ketika lepas tu baru saya baring.

Sejam/2 jam kemudian
Saya: Mak...sakit la...adoiii
Emak: Haa..tu la...kan mak suruh duduk diam-diam tadi. Kan dah sakit.
Saya: Tadi tak sakit pun...isk isk
Abah: Haa..kan dah, degil sangat. Tadi tu ada bius lagi, memanglah tak rasa. Sekarang dah hilang bius, memanglah sakit.

Itulah pengalaman saya 17 tahun lalu. Barulah saya tahu apa itu bius. Dalam seminggu tu, masa banyak dihabiskan dengan berbaring di depan tv sambil memakai kain sarung. Bila perlu ke bilik air, mak atau abah akan memimpin saya. Oh ya, masa tu baru saya tahu macam mana rasanya ngilu. Ouchh..

Sempena cuti sekolah ni, saya ucapkan Selamat Berkhatan kepada adik-adik yang akan melaluinya. Semoga cepat sembuh. Ala, tak sakit pun...;)

9 comments:

Kujie said...

pengalaman kak jie pula

masa lahirkan along 17thn dulu, melalui pembedahan. lepas siap di sorong msk wad...oklah tak rasa sakit pun

kemudian terjaga...rasa sakit sgt.
doktor cakap pukul 11 nanti baru boleh bius lagi.

tiap kali terjaga - rasa sakit. Tanya mak mertua ( ye..mak mertua kak jie yg jaga waktu nak bersalin ) pukul berapa - dia akan jawap dekat pukul 11.....terlena lagi...terjaga lagi, tanya soalan yang sama..pukul berapa...dia tetap jawap...dekat pukul 11...terlena lagi.... terjaga lagi..tanya soalan yang sama...dia tetap jawap dekat pukul 11


tak pasti waktu sebenar...mgkn dia nak tenangkan diri kak jie

dekat pukul 11...itulah pengalaman rasa bius.

Lan Bingka said...

Kak Jie: pengalaman kak jie lagi mencabar. itulah dinamakan pengorbanan seorang ibu..

Umi Nazrah said...

errr naz dok penah kena taruk alkohol ja. time operate bisul kt kepala dulu pun, depa letak alkohol ja

-___-"

eL said...

Huuuu...gila sakit bila doktor tu tak tau pun yang dia bius tu tak cukup sukatan. Kita yang mengalir airmata tak berhenti menahan sakit bila dia korek-korek tapak kaki nak buang sesuatu yang dia kata kalau biar lama kelamaan jadi cancer. Boleh rasa dia korek dan jahit. Dia boleh cakap dengan doktor lain "dia tak biasa kot". Hoh...bius bius ni dia ingat benda rutin kot kena biasa biasa.

Lan Bingka said...

Nazra: teringat ikut ayah bawa adik gi operate bisul kat punggung dia...memancut nanah..euwww

eL: betul la tu. ingat boleh saja2 beli bius kat kedai, pastu bedah sana sini ke..ceh

cheryna zamrinor said...

hoh...tolonglah. sha takleh bayangkan kalau sha nak jaga org yang berkhatan lagi. dulu dah jaga tiga orang:)

macam mana agaknya orang yang jaga lan agaknya...

Lan Bingka said...

sha: hehe, mestilah kena jaga, masih dalam pantang..

Sifu_Din said...

Biasa jugak la dengan bius nih waktu kecik dulu panjat pokok jatuh atas kaca banyak juga darah keluar. Pi klinik doktot cucuk ubat bius kat tempat luka tu pastu doktor tu jahit. Tak rasa sakit sangat pun.Tapi bila kena sunat tak ken bius pun. Sunat cara kampung. Tak teasa sakit masa kena "cantas" coz pisau dia tajam. tapi sehari lepas tu pedih jugak la sikit.

Lan Bingka said...

Sifu_Din: wow..guna cara kampung ke? memang "fear is not a factor for you"...yeahh