Pagi tadi lepas solat subuh, saya sambung tidur semula. Pukul 9.30 pagi baru bangun balik. Hmm...dah lama tak cuti sakit. Hari Jumaat hari tu dah cuti rehat. Setelah bersiap, saya terus pergi ke klinik. Sementara menunggu nama dipanggil, saya belek 'Buku Rawatan Perubatan Kakitangan' saya. Oh, baru saya perasan, saya tak pernah cuti sakit sepanjang tahun 2008. Kali terakhir saya ke klinik pada September 2007. Tahun ni pun tak pernah lagi cuti sakit. Alhamdulillah...
Malam semalam susah betul saya nak tidur. Batuk teruk. Tak pernah saya batuk sampai terganggu tidur. Sejak Jumaat lepas dah 2 botol ubat batuk saya habiskan, takde perubahan nampaknya. Tu yang terpaksa juga jumpa doktor hari ni.
Pada waktu tengahari saya bawa Aishah keluar, teman seseorang pergi ke bank. Pertama kali saya bawa Aishah berjalan-jalan. Selalunya main di rumah saja. Kebetulan tengah cuti ni, dia pun nampak bosan je, bawak je lah. Nasib baik dia tak meragam. Dah dapat jajan memang la tak meragam kan...;) "Aishah...Aishah jumpa siapa tadi?"...hmmm

Jumaat - Selasa. Waa..dah 5 hari cuti. Esok kena bersemangat!
6 comments:
Batuk bulan puasa seksa tu. Oh, pergi klinik pakai tudung ye Lan hiksss.....ampun pak(!)
bukan saya pak!..;)
Aik??? Aku ngak ngerti apa yg cuba disampaikan.... Adakah dia??? Mungkinkah???
Faizul: buat2 ngerti je la..hehe
uish...lan tinggal mana..? muka aishah tu kan sebijik macam aishah anak buah saya...adakah orang nama aishah berwajah begitu...tapi saya tidak mengenali lan...
ELLY
Elly: saya tinggal di sebelah rumah aishah..;)
Post a Comment