Saya teringat ketika menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1996. Petang tu kami menduduki kertas Kemahiran Hidup dalam suasana yang agak bising. Ada sesi 'sound check' pula di Stadium Merdeka di sebelah sekolah. Memang sesuai! Hilang tumpuan dibuatnya. Sambil jawap soalan sambil dengar muzik, sesekali mulut turut sama menyanyi kecil. Itulah jarak paling dekat antara saya dan dia. Dalam lingkungan 100 meter mungkin.
Malam tu penuh stadium dengan para peminat untuk menyaksikan konsert pertamanya di Malaysia. Kami tumpang dengar saja dari asrama. Kedengaran sangat meriah.
Bila keputusan PMR keluar, ada kawan saya tak mendapat gred yang bagus untuk subjek KH. Tahu siapa yang disalahkan? Michael Jackson..;)
Jika benar bagai dikata..."Al-Fatihah untuk Mikael".
Malam tu penuh stadium dengan para peminat untuk menyaksikan konsert pertamanya di Malaysia. Kami tumpang dengar saja dari asrama. Kedengaran sangat meriah.
Bila keputusan PMR keluar, ada kawan saya tak mendapat gred yang bagus untuk subjek KH. Tahu siapa yang disalahkan? Michael Jackson..;)
Jika benar bagai dikata..."Al-Fatihah untuk Mikael".
17 comments:
Hahahahhaa aku ingat... memang mengganggu sangat.... bukan apa.. sebab lagu dia best2.. terpaksa la layan.. bila layan..abis la masa nak buat exam...hahaha..terus dapat B KH.. tapi masa tahun ni ramai bdk2 VI tak dapat A KH... Ini semua salah penganjur konsert la.. tak peka kitaorg nak exam...
Aku ingat 1996 MJ datang M'sia..masa kita PMR.. Tapi masa aku dgr hot fm Fara ngan Faizal kata 1998... MJ datang M'sia 2 kali ker????
Faizul: setahu aku 96 je.. MJ datang rumah diorang je kot..
aku dapat A..;)
hahahha padahal sound check je pon kan? sampai MJ di salah kan :p hee
yonna: padahal belajar pun main2..hehe
ala kesian..
tp boleh la blame MJ ekk..
azira-eiji: konon alasan kukuh la tu..;)
hahahaha....alasan ni boleh dpt markah penuh ni....:p
kak jie: betul la tu...hehe
budak sekolah lain mana dapat guna alasan ni..haha
woi bro, mj dtg tahun 98 laa..ish ko ney dusta je lebih..huhu
salam, bro MJ dtg time 96 la....
Paper KH
- penegak keadilan-
said khamis: ko memang yakin..bagus2
nkhairul81: betul tu.. memang sah budak VI..hehe
Wohhhh.....Victorian semuanya nih. Bukan ke original version lagu sekolah korang ada nama Jackson Jackson ni...tu yang dia suka mengendeng-ngendeng kat sekolah korang kot.
Yup, G. F. Jackson.... Sungguh meluas pengetahuan Cik Emblem ni...Kagum...Kagum...
wah..kagum gak..;)
Lama tak nampak..sihat ke?
Kak Jie: hai kak, saya sihat je..
tengah sibuk la, geram gak tak dapat blogging...
thanks kak sebab bertanya..;)
Post a Comment