Thursday, June 4, 2009

Hilang ingatan

Pada hari Isnin lepas, tidak semena-mena saya mendapat berita bahawa seorang kakitangan di tempat saya bekerja telah hilang ingatan. Terkejut saya mendengarnya, sebab baru je awal minggu lepas saya berjumpa dan berbincang sesuatu mengenai kerja dengannya. Nampak dia sihat dan aktif je. Tak sangka pula sekarang dah hilang ingatan.

Umurnya dalam lingkungan 40-an. Pada mulanya dia ditahan di wad kerana demam panas, kebetulan dia juga ada penyakit kencing manis. Semasa isteri dan anak-anaknya datang melawat, tiba-tiba dia dah tak kenal mereka. Kawan-kawan sekerja pun dia tak berapa ingat. Cuma 2-3 orang kakitangan senior saja yang dia masih ingat. Aduh...sedih saya memikirkannya.

Baru saya tahu, penyakit kencing manis yang serius boleh menyebabkan hilang ingatan. Harap dia cepat sembuh dan semoga ingatannya pulih semula.


8 comments:

hazman aka species1980 said...

ish2x nie kena berhati2x nei...

Faizul said...

Member aku pun ada yg hilang ingatan... tapi 2 hari jek.. sebab dia...jatuh terkebelakang dan terlentang masa nak baling anjing yg slalu bawak lari seluar dalam dia dgn selipar..blakang kepala terhantuk...huhuhuhu bahaya ooo....

katahill said...

kes berat ni. kalau anak bini dah x kenal. ibrat jd makhluk asing. Tapi yg heran staff senior kenal pulak. sampaikan salam pd keluarga beliau(walau x kenal)

Lan Bingka said...

hazman: betul tu, kena jaga sikit pasal makan ni..

faizul: siannya..

katahill: kawan2 kata dia ingat hal 25 tahun lepas je. Masa tu mungkin dia belum kahwin lagi..

eL said...

Kawan saya seorang yang sangat aktif ke gim. Satu hari di pejabat, di dalam meeting, dia collapse. Sejak itu dia stroke sampailah ke hari ini. Dia dah tak kenal kami lagi. Dia cuma boleh ingat sikit2. Dia terpaksa belajar matematik yang paling asas skrg. Tu yang aktif pergi gim. Kita yang tak keluar peluh langsung ni, macam manalah agaknya ya.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: kita yang masih sihat ni kena banyak bersyukur..

asyraf said...

sekarang apa terjadi kat dia?harap awak dapat bgtau kt blog saya, takut saya trlupa nk visit balik blog awak. sbb mak saya juga hilang ingatan,sy dh pening nk buat apa.

harap dpt britahu kt mana2 dlm blog sy djdanchef.blogspot.com

Lan Bingka said...

Asyraf: Alhamdulillah sekarang dia dah ok. Dia dirawat di Hospital Serdang selama seminggu. Lepas tu dia dah mula bekerja, tapi masih perlu ke hospital untuk rawatan susulan.