Sunday, April 26, 2009

Orang melatah jangan diusik

Semasa bertemu seorang kawan lelaki beberapa hari lepas, dia menceritakan kini dia mempunyai satu masalah baru iaitu melatah. Hanya baru-baru ini dia mengalami tabiat yang tidak boleh dikawal itu. Teruk dia diusik di tempat kerja. Hakikatnya dalam budaya Melayu, tabiat melatah boleh berlaku kepada sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Saya tak menganggap itu sebagai hiburan, tak berminat langsung saya nak mengusik atau membuat dia terkejut.

Malangnya ramai orang kita yang tak berfikiran begitu. Jika dapat tahu ada orang yang mempunyai tabiat melatah, pasti orang itu akan disergah, dicucuk dan diusik sepuas-puasnya. Rasanya tak pernah saya tergelak atau terhibur melihat sekumpulan orang mengusik seseorang yang melatah. Tak lucu langsung bila melihat seorang makcik diusik, disergah dan disuruh buat macam-macam. Yang mengusiknya pula bukan orang lain, selalunya kaum keluarga sendiri yang galak melakukannya. Bukankan dia patut dihormati sebagai orang tua, bukan 'dibuli' melakukan perkara yang bukan-bukan supaya kita dapat bergelak ketawa beramai-ramai. Saya sangat kesal orang kita tidak cuba mengubah situasi ini.

Saya ada menonton rancangan 'Trek Selebriti bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawaty' beberapa minggu yang lalu. Dalam rancangan tu Fauzi dan Lisda mengusik ibu Lisda yang melatah. Perlu ke dihebahkan kepada satu Malaysia yang ibunya melatah?

Bagi anda yang suka sangat mengusik orang melatah, saya harap hentikanlah perbuatan itu, kerana selalunya orang yang suka menyakat orang melatah tu, lama-kelamaan dia akan terikut-ikut dengan tabiat itu dan akhirnya dia pula yang melatah.

"Sebelum ini, saya fikir latah hanya berlaku kepada wanita berumur. Tetapi, sangkaan itu meleset apabila saya sendiri mula melatah pada usia 22 tahun. Semua ini berpunca daripada kecenderungan saya mengusik penari senior yang melatah. Pada waktu itu, saya bertugas sebagai penari di Istana Budaya (1997)." -Noorkhiriah Ahmad Shapie (pelakon).

10 comments:

Anonymous said...

err
tak tau pulak melatah ni boleh berjangkit...
erm

Lan Bingka said...

PJ selamba: memang boleh.. ikut nasib la..

eL said...

huhuhuhuhu takutnya kena marah dengan lan kalau geletek org melatah depan dia.

Kujie said...

betul tu, jgn diusik...kesian dia merapu2 tanpa sedar...kita sengaja menaibkan dia...


lagi satu..penat lepas melatah ni

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: bukan marah la, nasihat je...hehe

Lan Bingka said...

Kak Jie: tu la, kesian saya tengok..

c-diod said...

buleh jangkit?
takut nyee

Lan Bingka said...

daya: haa..jangan suka sangat usik orang tau..sikit2 takpe la kot

fiezabaiduri said...

wooo..penat woo bila 'terpaksa' melatah sbb org cuit.

dulu rasanya bai pernah alami 'penyakit' melatah ni.
tp sekarang dah kurang. cuma bila terkejut tu ada la mulut ni pon terkejut sama.huhuhu..

kena lebih tenangkan diri.hehe

IamYonna said...

yonna pun x suke kacau org melatah dan sangat sakit hati kalau ada org lain kacau org melatah.
mmg la lawak. boleh gelak sampai keluar air mata tp kesian la kat diorg sebab asyik digelakkan je :(