Saturday, February 21, 2009

Kenderaan pertama


Dulu ayah saya mempunyai sebuah motor Vespa. Dengan kapasiti enjin 150cc, motor itu antara yang paling laju jika dibandingkan dengan motor jenama lain ketika itu. Saya masih ingat nombor pendaftarannya, JAD 1405. Masa saya kecil, saya membonceng motor dengan berdiri di depan ayah sambil memegang kepala motor. Saya suka menekan hon jika naik motor ayah. Tin..tin..tin..seronok betul. Bila dah besar sikit, kena la duduk di belakang ayah. Giliran adik saya pula berdiri di depan.

Dengan motor itulah ayah menghantar saya ke sekolah. Saya belajar menunggang motor juga dengan motor Vespa ayah. Saya masih ingat semasa berumur 11 tahun...dalam perjalanan pulang dari sekolah, jika sudah memasuki kawasan kuarters, ayah akan memberhentikan motor dan menyuruh saya pula duduk di depan dan mengawal 'handle' hingga ke rumah. Masa mula-mula susah juga sebab gearnya di 'handle' sebelah kiri dan guna klac pula tu. Lama-lama baru saya biasa. Disebabkan dah biasa menggunakan gear di tangan, saya merasa kekok ketika nak menduduki ujian menunggang motor. Motor yang digunakan oleh JPJ ketika itu ialah Yamaha 100cc. Manalah saya biasa guna motor yang gear di kaki dan takde klac ni...;) Kalau JPJ guna motor Vespa, mesti saya yang paling cekap...hehe. Nasib baik lulus juga.

Pernah satu ketika ayah saya mempunyai sehingga 3 buah motor Vespa. Masa tu saya bersekolah menengah. Ayah saya guna 1, saya 1 dan adik saya 1. Tapi sekarang satu pun takde. Dah dijual. Sayangnya...

8 comments:

eL said...

Kalau masih ada, sudah boleh dikategorikan motor antik. Bunyi dia, sebatu sudah boleh dengar siapa yang balik.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: betul tu, bunyinya kuat..

Anonymous said...

aku tak pernah bawak motor vespa
naik pernah
bawaknya tak reti
haha

Lan Bingka said...

PJ selamba: kalau bawak, tangan kiri penat pusing gear..

fiezabaiduri said...

pernah gak naik motor vespa.
kat kampung. motor Atok.
tp sekarang dah tak de..

Lan Bingka said...

fiezabaiduri: ok la tu, ada gak pengalaman naik. Sekarang dah susah nak jumpa..

Anonymous said...

teringat aku kt si atok..

Lan Bingka said...

mie: tu la kan, dah pakai tongkat agaknya dia..hehe