Tuesday, October 22, 2013

Bersederhana dalam majlis perkahwinan

Saya sangat tertarik apabila membaca kisah perkahwinan yang dibuat secara sederhana. Lagi saya tertarik jika bakal pengantin itu mampu untuk membuat majlis yang besar, tapi memilih untuk membuat majlis yang ringkas. Takde pun hantaran sampai berdulang-dulang. Hanya ada mas kahwin, sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran. 

Bukankah bagus kalau semua orang ada sifat bersederhana macam tu. Tak perlu membazir dan tak perlu nak menunjuk. Ada orang yang berhabis untuk majlis perkahwinan, tapi perkahwinan hanya bertahan beberapa bulan. Yang tinggal hanya hutang yang perlu dilangsaikan. Kan sedih tu.

4 comments:

+qasih nadira+ said...

mmg bsederhana tu dituntut dlm islam~ :)

zi wahid said...

Kahwin dengan pinjaman bank. dah ade anak, hutang kahwin belum lagi langsai. Bapa kepada anak tersebut sangat marah bila kawan kawan sekerjanya memanggil anaknya "anak bank". [cerita benar yang diolah semula]

moral: semoga anaknya menjadi pengurus bank yang berjaya.
:)

Elie Lily said...

Mentaliti orang sekarang nampaknya sudah berbeza. Ramai yang kawen secara besar-besaran dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk betapa hebatnya majlis mereka. Betul atau tidak? Mohon ubah segala mentaliti tu semua.

Nuratiqah Jani said...

Indeed.