Saturday, February 2, 2013

Teka-teki hati

Manusia itu
Bila diuji tentang hati
Bila disoal perihal diri
Buat karangan tanpa jawab pasti
Tanpa isi
Ibarat yang membaca baru tumbuh gigi
Bila ditebak tentang isi
Sunyi segenap inci
Reka ruang tak pasti
Bila dibiar bebas dalam ruang sendiri
Datang dengan persoalan emosi
Cipta teka-teki

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wow! bila lan dah mula berpuisi..terkesan di nurani..kehkehkeh

LoveBug said...

kita hidup penuh dengan teka teki. kalau semuanya dah tersedia jawapannya, semuanya menjadi terlalu mudah. kita tak mampu nak tutup apa rasa kita pada semua orang.

p/s: mendalah meraban ni. :P