Sunday, August 14, 2011

Ala kadar je

Kamu semua dah banyak shopping raya ke? Maklumlah raya pun dah dekat. Semuanya dalam mood raya la kan? Mesti masing-masing sibuk nak beli baju raya, kasut raya, kuih raya, perabot raya dan tak ketinggalan juga kereta raya. Wah..bergayanya. Tapi kalau bertambah hutang semata-mata nak bergaya pun susah juga, lainlah kalau barang yang sedia ada tu dah rosak atau dah buruk sangat. Saya takde shopping raya kot tahun ni. Ala kadar je sudah, pakai yang mana ada. Nak melawa pun nak tunjuk kat siapa sangat? Lain la kalau ada pasangannya, boleh la nak sedondon ke, nak serasi bersama ke...ye tak? Pastu boleh la jumpa bakal mak mertua. ;)

Hari tu ada la saya beli kerepek. Bukan untuk raya pun, untuk bulan puasa. Stok bulan puasa kena ada, baru sedap duduk depan tv sambil tunggu masuk waktu Isyak. Balik tarawih boleh makan lagi. Sekarang ni pun musim baru EPL dah bermula, sambil menonton perlawanan bola sepak boleh la mengunyah. Bila nak berhenti mengunyah ni? ish ish..

Pagi tadi masa dalam perjalanan balik dari kampung ke KL, mak saya dah singgah di Parit Raja beli kerepek untuk raya. Penuh but kereta. Kerepek ni kalau beli banyak takpe, pasti habis juga. Kalau kuih raya beli banyak sangat, belum tentu habis. Huu..saya paling minat kerepek ubi. Sedap.

8 comments:

zirconia said...

kerepek memang best..kuih raya beli byk2 nnt membazir je..sy xshopping apa pun lagi..mcm xnak raya pulak..hehe.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

nak skit kerepek..hehe..smalam g jalan tar beli kerepek jugak :)

Lan Bingka said...

zirconia: aik, taknak raya plak..

Lan Bingka said...

syafawani: nak kerepek kena datang rumah..hehe

yonna said...

kerepek ubi!!! perhhh sedap gile! hehe

selamat berpuasa abangku :)

Lan Bingka said...

yonna: kan..kan..;p

selamat berpuasa!

maCy said...

last skali ta tahan. saye paling minat kerepek ubi. kerepek bingka ada? ngee

Lan Bingka said...

maCy: kerepek bingka takde la, ni yang nak cipta ni..haha