Tuesday, August 24, 2010

Ragam bangun sahur

Lagi 2 minit pukul 5.00 pagi. Seperti semalam, saya dah terjaga sebelum alarm berbunyi. Bagus ni. Suasana sunyi. "Aik, takde orang bangun lagi ke?" Selalu masa-masa macam tu, kalau pergi dapur dah boleh makan. Saya menjengah ke dapur, memang sah takde orang, sama macam semalam. Saya ketuk pintu bilik emak dan abah yang tak berkunci. Lepas 2-3 kali ketuk, saya terus buka pintu. Kedinginan bilik terus menerpa ke tubuh. Patutlah sedap je tidurnya. Sejuk betul suhu pendingin hawa. Sementara tunggu emak menghangatkan lauk saya menonton tv kejap. "Mak, tak kunci jam ke?"  "Entah abah tu, kunci kot...tapi tak dengar apa pun"

Sekali sekala memang begitu. Ada ketikanya emak atau abah tak terjaga. Tapi ni dah 2 hari berturut-turut ni, takut esok saya pulak yang lena diulit mimpi, memang terlepas la sahur seisi rumah. Hmm...esok saya kena kunci jam awal sikit, pukul 4.45. Nak harap lagi 3 orang adik yang ada di rumah tu...toksah la. Semua nak harap dikejut je baru bangun.

Teringat kenangan waktu kecil dulu, macam-macam ragam kalau nak kejut bangun sahur. Ada yang senang bangun, ada yang susah nak bangun. Macam-macam cara kalau nak kejut bangun sahur tu...nak kena sapu air kat muka, renjis air kat muka, nak kena dudukkan badan, nak kena tarik kaki, nak kena lempang-lempang sikit...baru nak bangun. Bila dah bangun tu macam-macam perangai pulak..ada yang kat meja makan pun mata masih nak terpejam. Ada yang muka masam mencuka, ada yang ceria. Ada pula yang tak puas hati dengan orang yang ceria tu. Ye la, pagi-pagi dah kecoh apehal. Tu yang kadang-kadang bangun sahur pun boleh berkelahi. Ada je benda yang boleh jadi point..haha. Adik-beradik ramai memang begitu kan..

Ada yang bila bangun je.. "Mak, kenapa tak kejut bangun sahur tadi?"  "Ko jangan nak ngada-ngada, orang dah kejut banyak kali tadi""Tak dengar pun"...sambil garu kepala.

Bingka: Alhamdulillah belum terlepas sahur lagi..

30 comments:

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Kelako la cite ko ni. Berapa adik-beradik ko Lan?

Lan Bingka said...

shahrul: 7 orang :)

Zaidah said...

klu tak nak bangun sahur..buatkan air horlick...baru bleh bangun sahur

iyllienaz said...

haha..sama la macam adik sy..dah kejut banyak kali pon belum tentu nak bangun..

Lan Bingka said...

zaidah: oo..macam tu eh. thanks singgah..:)

iyllienaz: memang mencabar kejut org liat bangun sahur ni..

Ann said...

haha yg last tu paling kelakar...tido mati betul lah...

Lan Bingka said...

Ann: tu orang yg mengejut pun dah penat nak kejut, nasib ko la labu..;)

yott said...

sy mst bgn & mkn sahur
kalau x...susah nak bertahan sampai waktu berbuka..rasa mcm nak terbalik..

Lan Bingka said...

yott: sahur ni memang perlu, membekalkan tenaga untuk sehari..

eL said...

Hehehe...yang kena lempang-lempang sikit tu, itulah masanya kena lempang lebih sikit, masa tengah mamai. Kalau masa dia sedar, memang tak merasa la nak lempang walaupun "lempang-lempang manja" LOL. Adik bongsu saya macam tu la. Lepas tu kena tarik selimut dia. Dah tarik selimut, tarik kaki. Buat bising sikit sampai dia bengang baru nak bangun.

Lan Bingka said...

el: memang peluang baik tu..hehe. tu yg bangun monyok je tu, dah kena lempang..;p

meowwmania said...

betul tu! dlm sebulan mesti ada yg macam tido mati tak menyedor, sume2 lak tuh tp alhamdulillah belom penah terlepas sahur lg ;)

penaberkala said...

sama la, mujurlah xpernah terlajak lagi utk sahur taun ni

kenangan masa kecik2 memang best
yg plg menarik bila malas nk bangun, mak siap bawa air milo segelas pergi tmpt tidur
pikir blk, pemalas betul ak dulu,haha

Lan Bingka said...

meowwmania: haah kan, tahun lepas rasanya ada gak kitorang terjaga lagi 5 minit nak imsak. makan & minum apa yg sempat je la..

penaberkala: memang pemalas tu..haha

yott said...

tp..skrg bangun sahur pun dah x lalu nak makan..
tension la..nnt tak bertenaga dibuatnya

Lan Bingka said...

ai, tak lalu plak dah.. tak lalu makan nasi atau tak lalu makan semua.. kalau semua, berat tu.

yonna said...

wahaha 7 orangg? memang meriah lah meja makan tu even sahur hahaha. seronok tengok macam2 ragam adik beradik. hehee. kalau sahur, liatnya nak bangun subhanallah! kalau berbuka, pukul 6 pun dah bentang lauk T___T

Lan Bingka said...

yonna: kalau nak berbuka tu, pukul 5 dah sibuk2 gi dapur tanya mak masak apa..kalau nak tolong masak tu takpe la jugak..;p

hentakbelipat said...

aku dlu kalau xbangun saho mmg kene suap sampai bangun

Lan Bingka said...

hentakbelipat: haha..sampai kena paksa macam tu, memang liat bangun ko ni..

maCy said...

yang last tu biasa. haha

eh eh tapi bukan biasa utk maCy ;p

Lan Bingka said...

maCy: tp sekali sekala ye maCy..hehe
psst...saya ada gak 2-3 kali jadi camtu (masa kecik la)..haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sahur apa tadi kicap ngan telur ke

Lan Bingka said...

brutalsolo: ayam masak kicap..
thanks singgah

Rina (◕‿◕)✿ said...

wow bgs..rina slalu tlepas :(

Lan Bingka said...

rina: ye ke.. tak kunci jam eh

alif said...

tak ragam nk bgun...lg suke nk bgun ada la

Lan Bingka said...

alif: bagus la kalau camtu..lebih afdal kan

annfrendly said...

hehehe..
memacam ragam.. kekadang bile mamai memang tak sedar orang kejutkan..

Lan Bingka said...

annfrendly: kelmarin saya jadi macam tu la. mak saya dah kejut banyak kali. dia kata saya dah bukak mata. tapi saya tak ingat pun..haha

tidur lambat sangat kot, pukul 3.30..