Monday, July 12, 2010

It doesn't matter, because Spain win the World Cup!

Apabila mata terbuka, jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Dah 4 jam tidur dengan jersi away "La Furia Roja". Teringat kemeriahan awal pagi tadi sejurus Iniesta meledak gol kemenangan 4 minit sebelum perlawanan tamat. Lalu sejarah tercipta, Sepanyol memahat nama sebagai negara ke-8 yang berjaya menjulang trofi Piala Dunia selepas Brazil, Argentina, Uruguay, Jerman, England, Itali dan Perancis berjaya melakukannya sejak pertandingan ini diadakan pada 1930.

Sebelum perlawanan berlangsung, seawal 11.30 malam saya dah keluar dari rumah menuju ke kedai makan di Danau Kota. Hari ni (Isnin) dah mohon cuti takkan nak tengok kat rumah kan. Cadangnya nak ronda-ronda dulu di Bazaar Uptown yang terletak berhampiran, tapi bila sampai di situ saya tengok tempat duduk di depan skrin besar di luar kedai dah mula dipenuhi manusia. Terpaksa la saya duduk terus di meja yang kosong. Pukul 12.00 tengah malam dah tercongok kat situ. Ahh awalnya, pukul 2.30 baru perlawanan bermula. Makan Cheese Naan dulu la. Lepas makan isi masa dengan baca surat khabar sambil menjeling Shakira yang sedang membuat persembahan...waka waka. Cun la kamu ni Sha..;p


Pukul 1.00 pagi baru Dell sampai selepas berjaya menidurkan anaknya. Pukul 1.30 Lan dan Kamal pula tiba. Masa tu meja-meja di dalam dan luar kedai dah penuh dengan peminat bola sepak. Meriah betul tengok ramai-ramai ni. Tambahan pula perlawanan antara Sepanyol dan Belanda memang sengit, sampai ada 2-3 jurus kung fu yang sempat dilancarkan oleh pemain Belanda. Jurus yang dilancarkan oleh Nigel De Jong kepada Xabi Alonso adalah jurus terbaik perlawanan.


Lambat betul nak tunggu jaringan gol. Huh, nasib baik gol juga, kalau tak terpaksa tengok penalti pula. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya menyumpah seranah manusia-manusia bodoh yang meraikan gol dengan membaling tin minuman, cawan, dan menumbangkan meja. Ada satu geng sokong Belanda tu, terbalikkan meja dan terus beredar. WTH? Sikit -sikit dah la brader. Ada dua orang 'beruk' tu siap berdiri atas meja dan menanggalkan baju lagi. Alahai...macam la kau orang Sepanyol.


Bila sampai di rumah, kebetulan abah hendak keluar ke surau. "Siapa menang?" "Sepanyol...1-0" :)


 Bingka: became single recently, but it doesn't matter because Spain win the World Cup! Yeahhh..

10 comments:

yott said...

finally salah satu team pilihan juara WC..
hari ni ramai staf 1/2 day, trmsuk sy jgk..

Kujie said...

he he he...sepanjang sebulan tu, kakak dah ugut nak potong astro sebab anak2 dia tak tengok..masing2 keluar tgok kat kedai.

Lan Bingka said...

yott: ye betul, akhirnya berjaya! :)

Kak Jie: hehe..kat kedai lagi meriah kak..;)

maCy said...

m fav team ade 3, sme out. haha
tp xp, as long as spain win ;p

Lan Bingka said...

maCy: saya sokong 1 je tau. nasib baik kali ni menang! :)

rahmas said...

hahaha..dan..dan..shakira jadik sha je..hamboi kamu ni=D

Lan Bingka said...

rahmas: nama manja..hehehe

farah said...

akhirnyer spain menang..agak kecewa sbb kite sokong jerman!!sobs

eL said...

Amboiii Lan...your nota bene really catch my eyes LOL!

Lan Bingka said...

farah: takpe, tunggu euro 2012 plak. mana tahu menang ke..

eL: ye ke..haha. suka dalam duka gitu..;)