Friday, October 24, 2008

Kamu berdua...jangan begitu

Hari itu, kamu berdua di situ. Aku pun di situ. Kamu berdua sama bangsa dengan ku. Kamu berdua rancak berbicara. Aku hanya membisu. Tumpang dengar saja, sambil melakukan urusanku. Sayangnya kamu berdua menggunakan bahasa lain, bukan bahasa kita. Oh, kamu berdua...jangan begitu. Bahasa itu bahasa kita. Kalau kita sendiri tak guna, siapa lagi? Bukan aku tak suka bahasa yang kamu guna itu, bahkan aku sendiri berusaha memantapkan bahasa itu. Tapi jangan sampai dipinggirkan bahasa kita. Bagai bangsa kita tiada bahasa. Aku sedikit kecewa.

Kamu berdua, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu sudah 2 kali diadakan. Sambutan yang diterima amat baik. Pada tahun ini, 50 peserta dari 42 negara telah mengambil bahagian. Mereka itu, ramai yang bukan bangsa kita, tapi petah berpidato di atas pentas. Mereka kata, mereka suka bahasa kita. Bahasa kita indah. Sungguh senang aku mendengarnya. Aku sangat kagum. Kamu juga seharusnya begitu.

6 comments:

huzaimi said...

cintailah bahasa kita.. sbb tu aku keja kt pusat bahasa dan terjemahan usm.. huhuhuhu..

Kujie said...

sentiasa berusaha menulis dengan baik..hehehe..walau kadang2 gagal .

Saya bukan penulis yang baik

Faizul said...

Wahai sahabatku... Tulisan kamu makin hari kulihat makin puitis... Sungguh aku tak sangka ko begitu menggemari dan memperjuangkan bahasa... Ingat main2 jer..heh.. Aku agak tidak berapa biasa berbahasa yg cantik2 ni.. tapi aku tetap sokong ko memertabatkan bahasa kita.. GO BRO!!!!

Serious aku x paham apa yg KAMU BERDUA tu...siapa yg berdua???

Lan Bingka said...

'KAMU BERDUA' tu dua orang melayu la..

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Lan Bingka said...

terima kasih!