Monday, January 2, 2012

2012

Selamat Tahun Baru! 

Selain tahun baru, apa lagi yang baru? Azam? Tak payah la kamu nak sibuk sangat dengan azam. Sebulan dua je kamu semangat. Lepas tu kamu lupa. Nanti bila tiba lagi tahun baru, azam kamu nak sambung azam lama...oh, please..

Saya cuma nak teruskan kehidupan macam biasa. Buka setiap helaian 2012 dan menghadapi segala isinya dengan cara terbaik. Biar hasilnya jadi sesuatu yang baik untuk saya, atau sekurang-kurangnya baik untuk orang lain. Masih banyak lagi ruang untuk belajar dan memperbaiki diri. Mahu atau tidak, itu saja persoalannya.

Mencuba perkara baru? Sudah semestinya!  Biar penuh dengan pengalaman. Biar penuh kotak kenangan.. :)

Selebihnya ialah harapan. Ya, harapan..

8 comments:

zirconia said...

salam tahun baru lan, dah masuk 3 series ye? boleh la cari teman hidup kot tahun nie? :D

Lan Bingka said...

zirconia: temanhidup? hmm.. ;)

meowwmania said...

selamat tahun haru Lan!!

Lan Bingka said...

meowwmania: haru? selamat tahun baru! :)

ashrafi said...

Assalamualaikum.

Semoga terus berjaya.

Amin...

Lan Bingka said...

ashrafi: w'salam..

terima kasih singgah..
semoga kita sama2 berjaya..

~cik shanashaida~ said...

da 4 hari kte d thun baru.. moga hari2 mendatang akan lebih baek!!
selamat thn baru incik lan ^-^

Lan Bingka said...

cik shanashaida: selamat tahun baru! aminn, semoga murah rezeki kita tahun ni..