Sunday, July 24, 2011

Menanti tanggal 28

Perlawanan pertama, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Singapura dan Malaysia semalam berkesudahan 5-3 memihak kepada Singapura. Aksi skuad Harimau Malaya pada separuh masa pertama amat mengecewakan walaupun merobek gol Singapura seawal minit pertama hasil jaringan Safee Sali. Ismail Faruqi ternyata belum mampu menggalas tugas dalam kesebelasan utama. Barisan pertahanan sering hilang konsentrasi. Tapi yang paling saya bosan tengok ialah penjaga gol, Sharbinee Alawi yang banyak tercegat di pintu gol. Hasilnya Malaysia ketinggalan 1-4 usai separuh masa pertama.

Mujur bang Rajagobal menukar percaturan dengan memasukkan Amirul Hadi dan Abdul Hadi pada separuh masa kedua. Baru la Malaysia dapat mengawal sedikit permainan, dan berjaya merapatkan jurang melalui jaringan Abdul Hadi dan Safee Sali. Namun sebelum tamat perlawanan, Singapura sempat menyumbat 1 lagi gol. Adoii..rapuhnya benteng pertahanan kita.

Takpe..takpe.. Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai nanti. Masih ada 90 minit lagi masa perlawanan. Saya sudah pasti akan ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan. Walaupun mereka akan beraksi tanpa kapten pasukan, Safiq Rahim yang menerima layangan kad merah, saya harap skuad Harimau Malaya akan berjuang habis-habisan! Ganbatte kudasai!!

Aummm...

2 comments:

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum, ramai yang emo dengan match yang lepas.. can't wait for the next game. hope Malaysia menang. Amin. Amin.

Lan Bingka said...

khairunnisa: harap2 diorang akan lebih bersemangat dan fokus beraksi di gelanggang sendiri!