Saturday, April 2, 2011

Limah Bungkus

Belum sempat saya nak bercerita tentang perjalanan saya ke Bukit Fraser minggu lepas, kelmarin saya ke Kuala Terengganu pula atas urusan kerja. Satu malam saja di sana. Kebetulan masa saya pergi tu seharian tak hujan, jadi lancar je la perjalanan. Kalau tak, 2-3 hari sebelum tu memang hujan sokmo, sampai banjir dibuatnya.

Selesai urusan kerja tengahari semalam, saya mengikut rakan perempuan membeli kain dan tudung. Dah lama tak merasai cabaran menanti perempuan membeli-belah. Takpe la saya ikutkan je, sebab kalau duduk kat bilik penginapan bukan ada apa nak buat pun. Lain lah kalau saya menginap betul-betul di bandar KT, boleh la juga berjalan-jalan di sekitarnya.

Petang tu saya dibawa ke ICT. Ingatkan pusat siber apa la ICT tu, rupanya gerai makanan laut yang banyak terdapat di Terengganu. ICT tu singkatan daripada "Ikan Celup Tepung". Waa..memang puas la saya makan petang tu. Makan makanan laut yang segar di tepi pantai, sambil merasai tiupan angin laut...memang bagus. Kami makan ikan, sotong dan udang. Semuanya dicelup tepung dan digoreng, lepas tu dimakan panas-panas bercicahkan sos...sedapnya! Maaf la saya tak ambik gambar pun, sibuk menjamu selera..;p Punyalah banyak kami bertiga makan, sampai dah tak boleh masuk lagi dah, harganya RM30 lebih je. Murah betul.

Lepas tu kami singgah di kedai Keropok Lekor BTB yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng. Dengar cerita kedai ni kedai keropok lekor paling popular di KT. Ramai orang sanggup menunggu lama untuk membeli keropok lekor di sini. Yang menariknya pelanggan tak perlu beratur panjang, cuma tunggu angka giliran keluar kat skrin LED. Macam yang kat hospital atau bank tu la. Maju..maju..;)

Pegawai yang kami jumpa untuk berurusan tu kata rekabentuk bumbung kebanyakan rumah di Terengganu dinamakan Limah Bungkus. Tergelak saya di situ. Dah la Kak Limah tengah popular sekarang ni. Rupanya bila cari di internet, namanya Limas Bungkus la..haha.

6 comments:

nabihancakap said...

ingat ker si limah yang itu.. kita bakor jer.

Lan Bingka said...

nabihan: betul tu, kite bako je.. tanahnya kita ratakan..buat tanam cili..;)

meowwmania said...

sonoknya keje asik jenjalan je ekk...jom tukar keje jap :D

Lan Bingka said...

meowwmania: kebetulan tarikh outstation kali ni dekat2 plak..hehe

nulhazwany abdul malik said...

sotong tepung weee.. memang seronok makan tepi laut. semua fresh n murah je..

^^ popular betul kak limah sekarang . haha

Lan Bingka said...

nulhazwany: ramai nak tumpang populariti kak limah..haha