Monday, February 14, 2011

Biarkan tidur selama mungkin

Adik saya mula bekerja hari ni setelah lama cuti bersalin. Tinggal la Zera dengan datuk, nenek dan Pak Longnya ni. Saya memang mohon cuti sebab nak pergi baiki kereta. Pagi tadi menangis saja kerjanya. Susah betul emak saya nak bagi minum susu. Maklumlah tak biasa minum dari botol. Ala Zera...dalamnya sama je la. Setelah beberapa kali dicuba, barulah dia nak minum. Lepas tu dia tidur.

Dalam pukul 10 pagi, kedua orang tua saya keluar sekejap. Tinggal la saya seorang menjaga Zera. Selalu kalau mama dia ada, saya suka kacau dia masa tidur...cium-cium sikit. Comel la tengok dia bergerak-gerak sambil mata tertutup. Tapi kalau dia dah tidur lama, lepas tu saya tengok dia macam dah gerak-gerak sikit, memang saya  tiup muka dia sampai terjaga. Kelakar la tengok dia terkebil-kebil...macam keliru pun ada, macam tak puas hati pun ada..hehe. 

Itu masa mama dia ada. Sekarang mama dia takde...bila dia dah tidur tu, lebih baik biarkan tidur selama mungkin..;p

video


Adik saya entah berapa kali call dari pejabat tanya khabar anaknya. Itu baru tinggalkan kat keluarga sendiri, kalau tinggalkan kat orang lain, lagi la risau ye dak? 

20 comments:

Balqish Shafiqa Bajury said...

incik bingka punya suara ye?
pak cik penyayang.
baby ni nak minta dukung. :)

Lan Bingka said...

Balqish: suara versi cakap ngan baby..haha

Mohd Shahrul Hafizi said...

Alololo. Comelnya dia. Ni ke anak buah ko yg ko citer haritu.

Adzriel AB said...

jaga2lah bila dah besor sikit nanti. canggih mcm budak ni..

http://arifikhwan.blogspot.com/

iyllienaz said...

alala..comel..=)

Ann said...

dak kecik kalo marah ke ngis ke suka ke..ttp comel..

Lan Bingka said...

Shahrul: anak buah aku baru sorang..:)

Lan Bingka said...

Adzriel AB: ada blog eh, memang canggih..

Lan Bingka said...

iyllienaz: tak paham kenape ada orang yg dera budak2 kecik kan..

Lan Bingka said...

Ann: setuju..sentiasa comel :)

yott said...

tak baik la kcau sy tgh tido pak long...kata Zera..;)

Lan Bingka said...

yott: pak long memang dengki skit..;p

zirconia said...

sian zera kena tinggal sorang dengan pak long dia yg suka menyakat. hehe.

Lan Bingka said...

zirconia: haha..nasib dia la..;p

nulhazwany abdul malik said...

ohoho comelnye die.
aktif betul bergerak. hi3

Lan Bingka said...

wany: aktif takpe, jangan nangis..;p

eL said...

Kejam betul. Cuba kalau dia tu yang tidur, lepas tu ada orang tiup-tiup muka dia. Mau org tu tak makan nasi dengan mulut dah lepas tu.

IeDa said...

nk baby jugak la.. hihi

Lan Bingka said...

eL: ala, bukan tiup kencang pun.. sepoi2 bahasa je..;p

Lan Bingka said...

IeDa: niat yg murni tu..;)