Tuesday, September 15, 2009

Ada apa dengan Steven

Pada hari Sabtu lepas saya pergi ke Danau Kota untuk menonton perlawanan bola sepak bersama Man dan Dell. Woo...sangat sesak kawasan tu. Ramai orang nak pergi beli barang raya di Uptown. Saya memang tak bercadang nak pergi Uptown pada akhir-akhir Ramadan ni, dan pada malam minggu pulak tu. Ye la, orang terlalu ramai. Nak jalan susah, nak pilih-pilih barang pun susah. Buat penat je. Baik tengok bola. Keputusan perlawanan: Spurs 1 - 3 ManU.

Danau Kota yang sesak. Setengah jam baru dapat parking.

Esoknya saya menemani Cik B mencari barang di Jalan TAR dan Bukit Bintang. Kami berbuka puasa di Steven's Tea Garden Bukit Bintang. Sebenarnya tak bercadang nak ke situ pun, tapi disebabkan kedai lain dah penuh + kaki dah penat berjalan, kami pun masuk je la restoran tu. Kedainya cantik dan selesa, selain menunya yang pelbagai. Harga makanan kat situ seperti yang dijangka la, 'mahal'. Saya cuba Mee Konloo Kicap Sotong manakala Cik B cuba kuey teow goreng. Hmm...bagi saya tak berbaloi la makan kat situ. Lagi sedap makan kat kedai mamak biasa je. Penilaian tu berdasarkan menu yang kami cuba la kan. Tak tahu la kalau menu yang lain semua sedap. Kalau memang betul sedap, saya tak kisah pun nak bayar lebih sikit, janji puas hati.

Mencari kerongsang


Mee Konloo Kicap Sotong. Mee tersorok di bawah telur.

p/s: memang penat ikut kaum hawa membeli-belah..;)

4 comments:

eL said...

Baru tau penat ye. Tu pasal la saya tak suka ikut perempuan shopping. Tapi dah ada tu, ikutkan je lah. Kalau tak, merajuk pulak. Laaaagi susah. Patutlah Lan busy je. Lepas ni bolehlah suruh siapa tu...Faizul ke Ajie ntah, jadi bestman pulak ye :-)

eedany said...

Lan...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

ije said...

haha. tapi berbaloi kan ikut cik b shopping. ;)

Lan Bingka said...

eL: memang penat..kena bersedia fizikal dan mental..hehe

eedany: Selamat Hari Raya! Hantar la kuih raya kt KL sikit..

ije: berbaloi kot..hehe