Thursday, August 20, 2009

Ramadhan 1430 bakal menjelma

Bulan Ramadhan akan menjelma. Apa perasaan anda?
Adakah anda merungut? Oh, jahilnya.
Adakah anda berasa teruja dan gembira? Oh, seharusnya begitu..;)

Bulan Ramadhan akan menjelma. Apa sasaran anda?
Adakah anda nak melantak pelbagai makanan sewaktu berbuka puasa? Oh, pelahapnya..
Adakah anda nak melakukan amal ibadat, lebih baik daripada tahun lepas? Oh, itu yang terbaik..:)

Bagi yang nak berniaga sepanjang bulan Ramadhan ni, selamat berniaga ya! Tapi tolonglah...jangan fikir nak untung je. Makanan yang dijual tu haruslah mempunyai rasa yang boleh diterima oleh akal dan tekak.

Ok la, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika saya ada melakukan apa-apa kesalahan. Selamat Berpuasa!

p/s: Psst..kuah roti jala tu buat biar molek sikit ye...;)

6 comments:

Emblem of Purity said...

Oh...nasib baik saya bukan orang yang buat kuah roti jala tu :-)

Selamat berpuasa juga :-) Maaf ye kalau ada terkasar bahasa.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: hehe..susah nk dapat kuah yg sedap..

ok, maafkan saya juga ye..

ije said...

salam ramadhan..

selamat bersahur n berpuasa. jgn lupa niat ye.

:)

Lan Bingka said...

ije: selamat berpuasa gak..;)

eedany said...

Salam Ramadhan dari eedany.

Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diberkatiNya. Amin.

Lan Bingka said...

eedany: salam ramadhan..;)