Friday, December 26, 2014

Aku tanya apa khabar

Assalamualaikum semua!

Ohhh...macam tak percaya entri saya yang terakhir ialah kira-kira setahun yang lalu. Apa khabar semua? Saya sangat merindui aktiviti penulisan. Sungguh...saya sangat rindu! Saat menulis ayat ini pun mata saya berkaca, begitulah ekspresi kerinduan saya yang menebal. Saya rindu melawat blog kawan-kawan, rindu meninggalkan komen di blog orang, rindu blog hopping, rindu berkongsi cerita dalam dunia saya sendiri. Oh..saya rindu semua! Inilah dunia yang saya cintai. Ah..saya sepatutnya buat yang lebih baik daripada ini jika benar saya cinta, kan? Entah mengapa..dalam setahun ini saya seolah tiada masa untuk menulis, cuma sempat kemaskini status Facebook dan Twitter. Mungkin platform yang lain itu lebih mudah. 

Apa khabar agaknya kawan-kawan blogger yang sering saya ikuti perkembangan mereka. Saya dah ketinggalan semua cerita. Saya juga dah macam-macam cerita yang tidak terkongsi. Alangkah bagus jika semua perkembangan saya ditulis oleh orang lain...haha. "Kau ingat kau artis?"

Alhamdulillah...walaupun saya menyepi dalam dunia penulisan, hidup saya tidak pula sepi. Kini saya sudah 2 bulan bergelar suami. Syukur ke hadrat Ilahi. Itu saja perkongsian saya untuk kali ini..hehe

Nampaknya inilah entri pertama dan terakhir untuk tahun 2014. Semoga keadaan banjir di Semenanjung Malaysia khususnya di pantai timur kembali pulih dengan segera. 

Selamat Tahun Baru! InsyaAllah berjumpa lagi di tahun 2015.

6 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

Lan! da lama xblogging kan!

Lan Bingka said...

Syafawani: tu la..awak pun sama..hehe

eL said...

Tahniah Lan. Akak kenal Lan drpd belum kahwin sampailah skrg ni dah kahwin pun. Silap2 lps ni entry Lan cerita pasal anak2 pulak. Tahniah sekali lagi. Akak tak kecil hati pun Lan tak jemput kenduri hari tu :-)

Lan Bingka said...

eL: terima kasih kak..hehehe. Tahniah masih aktif berblogging.. ^^

eL said...

Tak aktif dah pun. Tiba2 pagi ni dalam lrt teringat kat Lan. Apa la khabar agaknya. Tu yang bukak blog Lan. Mula2 cuak jugak sbb nama blog dah lain. Tapi bila baca, oh orang yang sama. Mungkin 9 bulan dari skrg akak teringat balik blog ni kot :-) nak tgk baby pulak. Jadi suami dan bapa yang baik hingga syurga. Aamiin.

Lan Bingka said...

eL: terima kasih kak. Aminn.. ^^