Friday, August 23, 2013

Perbualan

Ada satu perkara yang saya kurang gemar dalam sesuatu perbualan iaitu soalan yang tak dijawab. Kalau memang hal peribadi dan sulit, saya faham dan saya pun takkan tanya lebih-lebih. Tapi kalau hal biasa yang sengaja tak diberitahu, saya kurang faham. Terus hilang mood untuk tanya soalan-soalan lain. Soalan dan jawapan ni pelengkap dalam sesuatu perbualan, barulah lancar dan seronok keseluruhan sesi tu. Tapi kita tak boleh nak paksa kalau orang tak nak jawab soalan kita. Hmm...takpe la. Apa yang boleh saya buat hanyalah bertenang.

Saya masih ingat satu masa dulu saya ikut seorang kawan berjumpa dengan kawan-kawannya yang dikenali sejak sekolah. Kami duduk minum petang di sebuah kedai. Mereka banyak berbual tentang hal mereka, jadi saya lebih banyak mendengar je la. Tiba-tiba salah seorang kawannya menegur saya "Weh, kenapa diam je, cakap la..cakap.."dengan gaya seperti Ahmad Nisfu menyuruh S.Shamsuddin berlakon. Saya jadi blur sekejap. Kalau korang berbual pasal satu benda yang umum, boleh la aku masuk sekali, ni benda yang aku tak tahu. Adoi..gagal la. Sebenarnya bukan susah nak minta orang turut serta dalam perbualan, tanyalah soalan kepadanya. Bila dia memberi jawapan, maka bermulalah satu perbualan. Kalau dia tak nak jawab tu tak boleh nak tolong la.

2 comments:

Elie Lily said...

cubalah ajak elie borak, memang takkan berhenti punya. Communication skill terlebih lebih. HAHA.

Selamat hari raya, Lan! :)

Lan Bingka said...

Elie: Haha..terlebih sudah. Selamat Hari Raya ;)