Monday, June 24, 2013

Tentatif

TENTATIF. Adakah anda tahu makna perkataan tu? Kalau tahu baguslah. :)

- "Ada tentatif terkini tak?"
- "Nanti saya bagi tentatif"
- "Tentatif penuh akan diberi kemudian"
- Dilampirkan tentatif untuk rujukan pihak tuan.

Ini semua contoh penggunaan yang pernah saya jumpa. Ramai yang anggap tentatif tu sendiri bermaksud aturcara atau program dan ternyata ianya salah.

Tentatif bermaksud sesuatu yang belum muktamad atau sementara.

Cuba masukkan pada salah satu contoh ayat di atas: "Ada sementara terkini tak?" -.- (Apa benda tu?)
Ayat yang betul ialah "Ada program/aturcara tentatif tak?"

Jadi, kenalilah bahasa kita. Jangan main sebut je tanpa ambil tahu maksudnya.  :)


4 comments:

Tinta Lana said...

Hehe, sebelum ini pun lana ingat tentatif tu, maksudnya aturcara dalam sesuatu program.

Rupanya, ia jadual, dan tidak tetap..boleh berubah ikut keadaan semasa..

CintaKhadijah said...

oh ye ke... nasib cikgu lan bgtau.. kalau tak tak tahu.. pasni xdela buat buat tak tahu.. hikhik

ungu voilet said...

amboi...ni nak bgtahu yg aritu sy slh la ye..tp sy minta tentatif program..slh jugak ke..pape pn terima kasih bgtau.. =P

Lan Bingka said...

ungu voilet: eh, bukan awak la. orang2 lain ;)