Wednesday, January 2, 2013

Pesawat

Di satu pagi yang gelap, kakiku melangkah ke dalam sebuah teksi. Teksi itu memang sudah kutempah sehari sebelumnya. Nak pergi ke lapangan terbang ni kena rancang molek sikit.

Sejurus teksi bergerak menuju ke KLIA, pemandu teksi bertanya kepadaku "Pesawat jam berapa?"
"Haa?" aku macam kurang jelas. Maklumlah pagi masih gelap, telinga pun kurang dengar.
"Pesawat jam berapa?" tanya pemandu teksi lagi.
Pehh.. seumur hidup aku ini kali pertama aku mendengar perkataan itu digunakan dalam perbualan. "Pesawat" sebutku dalam hati dengan penuh rasa kagum.
"Emm.. 8.30" jawabku sambil melihat jam di tangan.
Teksi meluncur ke destinasi, sedang aku terus dibuai kekaguman.
"P.e.s.a.w.a.t" ulangku dalam hati dengan tempo perlahan.

9 comments:

khairunnisa ♥ said...

pesawat :) nasib baik dia tak tanya helikopter :D

Lan Bingka said...

khairunnisa: hahaha.. hebat betul tu ;p

Nesa Wazir said...

heheh, mmg unik pak cik tu. pesawat dlm bayangan nesa ala2 yg dlm movie yg muncung tajam bawak berperang tu :P

Lan Bingka said...

Nesa: tu la, sangat unik.. pencinta bahasa :)

Tinta Lana said...

Salam.

Pakcik tu memg betul2 amalkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan,hehehe

the malay male said...

nasib baik pakcik tu tak cakap " belon terbang pukul brape?" huhu

Lan Bingka said...

Tinta Lana: susah nak jumpa :)

Lan Bingka said...

the malay male: hahaha.. nasib baik ;)

APAN said...

dulu cita2 dia nak jd sasterawan kot...