Friday, August 24, 2012

Raya 2012

Selamat Hari Raya semua!

Bagaimana sambutan raya kalian? Saya sambut dengan ala kadar saja. Baju raya pun tak kisah beli. Teman orang lain beli baju raya ada la. Ada orang yang sedih sebab baju raya ada 2-3 pasang je. Tak perlu la nak sedih-sedih, orang lain ada yang tak dapat beraya atas pelbagai sebab. Fikir-fikirkanlah.

Cakap pasal tak beraya, saya sebenarnya tumpang sedih dengan nasib seseorang yang rapat dengan saya. Seminggu sebelum raya dia memberitahu bahawa dia telah bercerai dengan pasangannya. Belum sampai setahun pun usia perkahwinan mereka. Dan yang paling sedihnya ialah belum sempat pun mereka menyambut raya bersama-sama sebagai suami isteri. Dah berkawan 8 tahun sebelum berkahwin pun belum tentu akan bersama selamanya. Tiba-tiba saya ada geng bujang.. eh.

Sebelum raya hari tu ramai yang dah pulang awal ke kampung kan? Hasilnya.. sehari sebelum Hari Raya, trafik bergerak lancar semasa saya memandu pulang ke Johor, waktu siang pula tu. Memandu sambil senyum la saya..hehe. Semasa pulang ke KL pada hari Selasa pun trafik boleh dikatakan baik. Cuma sesak di 1-2 tempat. Raya kali ni saya jadi pemandu sepenuh masa sebab naik kereta bersama kedua orang tua. Adik-adik naik kereta satu lagi. Bos besar saya bagi berehat di tepi.  Penat juga weh. Ada sekali tu saya tertidur kejap semasa berhenti di persimpangan lampu trafik. Bos besar kejut baru saya bangun dan sambung memandu. Lol

Semalam (Khamis) saya dah mula bekerja. Bosan ye anak-anak. Tapi bosan-bosan pun kena juga bekerja sebab ada pelawat dari Amerika datang. Kena tolong sikit. Untung-untung dapat duit raya sedolar dua (berangan sungguh). Oh..saya masih dapat duit raya semasa beraya di kampung. Hehe.

Orait, itu saja.
Mohon Maaf Zahir Batin. 


12 comments:

Ilyanie Khuszairy said...

selamat hari raya lan. maaf zahir dan bain :)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum lan :)

Salam Aidilfitri skali lgi ^_^ hehehe.

Lana balik raya pertama, kearah utara. Macam biasa, dari 3line jadi dua line kat slim river, slow skit lah. Tapi ok je. Kenderaan tetap banyak. Gabra sket balik ritu,benti kat hentian rehat, nak startkan blik enjin,tamo idop plak.

Kepanasan rupanya..pas 30 minit,baru ok balik..huhu.

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum, raya kali ni ala kadar juga. raya ke empat dah mula kerja semula..

selamat hari raya. maaf zahir dan batin Bingka :)

CintaKhadijah said...

selamat haghi raya lan.. bak duit raya sposen! bhihihi..:p

Lan Bingka said...

Ilyanie: Selamat Hari Raya! Maafkan saya juga ye :)

Lan Bingka said...

Tinta Lana: suspen tu. Kalau tak boleh start terus memang kes naya

salam aidlifitri.. :)

Lan Bingka said...

kahirunnisa: selamat hari raya. lagi awal awak masuk keje semula.. :)

Lan Bingka said...

CK: selamat hari raya! cukup ke seposen? hehehe..

APAN said...

kesian ngan kenalan ko yg bercerai tu...

♥ wawawawa ♥ said...

slmt hari raya maaf zahir batin..jmput dtg rumah =)

Lan Bingka said...

wawawawa: selamat hari raya! mohon maaf juga. =)

Lan Bingka said...

APAN: sangat kesian. Ini tidak adil.. tidak adil.. baginya